Pada tahun berikutnya (2010), Jansen kembali dengan kumpulan barunya ReVamp bergenre progressive metal dengan album sulung mereka bertajuk yang sama (self-titled) ReVamp. Dah lama aku intai album ni dalam katalog estock_deutschland, dan baru kini tiba gilirannya untuk diperolehi.
The sticker says it all. |
Secara peribadi, walaupun lagu-lagu dalam album ni ada terasa sedikit vibe After Forever dengan muzik yang lebih berat, ditambah dengan efek orkestra dan koir (lebih kepada symphonic berbanding progressive), tetapi dari segi susunan muzik agak mendatar seperti tiada klimaks. Tiada verse, chorus atau solo yang boleh membuatkan
Juga ada tiga vokalis jemputan; Russel Allen, Bjorn "Speed" Strid dan George Ossthoek untuk vokal tambahan dalam beberapa lagu. Senarai lagu dan cerita selebihnya boleh baca dalam Wikipedia (kes malas).
Namun kekuatan vokal Jansen memang tidak dapat disangkal, walaupun dikategorikan sebagai suprano tapi julat vokalnya lebih natural jika dibandingkan dengan Tarja Turunen, dan agak matang berbanding Anette Olzon - eh silap, entri ni cerita pasal ReVamp bukan Nightwish (merapu dalam entri ni) hehehe...
_____
Ada apa: Bagaimana pula album kedua mereka Wild Card?
4 komen:
Ooo..baru tau yang 'lantai'jansen dari band ni rupanya..aku ingatkan dia penyanyi baru yg join Nightwish
Tak follow sangat band2 vokalis pompuan ni...pernah try...tapi tak melekat...
macam best, nanti tray kat utube..haha
not familiar...
tapi aku nak survey
thank you
Post a Comment