Sudah menjadi kebiasaanku untuk membayar zakat fitrah seawal mungkin...
|
Hmmm masih tiga keping. |
Setelah dua tahun berturut-turut dengan nilai RM6.50 (
2013,
2012), tahun ni nilai zakat fitrah untuk negeri Sarawak ialah RM7.00, mungkin bukan lagi antara yang termurah di Malaysia. Berapa pula nilai zakat fitrah di tempat anda tahun ni?
Entri Mini: Sharifah Aini, Harum Dalam Kenangan
Takziah dan alfatihah buat Datuk Sharifah Aini, agak terkejut juga bila baca status rakan-rakan Facebook semasa bersahur (sambil menonton Brazil lawan Colombia) pagi tadi.
Bagi mereka yang membesar sekitar 70an dan 80an, pastinya lagu-lagu Kak Pah sedikit sebanyak meninggalkan nostalgia (tak caya cuba tanya
Berteromber). Lagu yang pasti mengingatkan aku kepada zaman kanak-kanak ialah lagu *
Terbang Helang. Walaupun lagu tu lagu Melayu, tapi sebutan perkataan "akhirnya" tetap dengan makhraj Arab yang betul.
Kehilangannya pasti akan dirasai, lebih-lebih lagi ketika lagu
Hari Yang Mulia,
Suasana Hari Raya dan
Nostalgia Aidilfitri berkumandang kelak.
_____
Ada apa: *Itu belum lagu kuda lagi.
7 komen:
aku lum bayo lagi zakat fitrah..tapi kl dan selangor kadarnya sama mcm tahun sudah, rm 7.00
Al Fatihah kepada Datuk Sharifah Aini..
I always like to check out different zakat fitrah receipts for different states in Malaysia and also Singapore.
KL nye cam biasa, jawi banyak2 kecik2...haha.
ko nye tempat simple je.
Hah, Spore nye aku tahun ni aku belum tengok, rasanya komputer print out A4 size haha. Pasal dorang nak online kan database. Tapi resit koyak2 pun ada lagi kot.
Huhu aku pun belom bayar gak....nasib baik kau ingatkan aku haha....thanks
Al fatihah buat arwah Kak Pah....sedih™
Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un
Semoga rohnya dicucuri limpahan rahmat dari Allah, dan digolongkan di kalangan orang-orang yang diredhai Allah.....
btw..nanti aku tampal johor punya...
nanti aku tampal klang punya juga haha
biasanya aku bayar sehari sebelum nak 1 syawal.
Aku gaji nanti baru bayar.
Post a Comment