Sebelah petang pula, aku menerima bungkusan eBay berisi audio CD Manowar (pastinya daripada estock) dengan album studio mereka yang ketiga bertajuk Hail To England.
(P)(C) 1984 Geffen Records, Inc. Distributed by BMG, printed in Germany. Diperolehi dengan harga agak tersenyum €4.39 (RM20.04) dengan pengeposan percuma.
Sebelum ni aku cuma pernah ada mp3 tiga buah lagu daripada album ni yang dimuat-turun ketika zaman Napster awal 2000 dulu iaitu Blood Of My Enemies, Kill With Power dan Army Of
Rasanya tak perlulah aku ulas album ni, ia aku anggap sebagai pelengkap koleksi diskografi album studio Manowar yang hampir lengkap. Kini cuma tinggal Into Glory Ride sahaja yang belum aku dimiliki (koleksi aku sehingga Warriors Of The World sahaja). Untuk ulasan pakar boleh baca entri Krenmaut atau entri Berteromber versi 2010 dan versi 2014.
_____
Ada apa: Kill with power... Die! Die!... Hahahaha! Die! Die! Die!
6 komen:
aku rasa estock memang ada problem semalam...aku punya watch list pun semua hilang...nak masuk estock pun tak boleh...tapi petang aku check dah ok...tapi semua item watch list aku memang dah takder dalam senarai...dorang buat stock take kot...
Nanti la aku cuba2 dengar satu album manowar ni..album yg mana perlu di dengar?cadangan?
Bridge of death terrrrbaik..
Semua lagu pun best jugak..
berteromber:
listing yg baru pun mahal daripada biasa
rafi:
cadangan? kalau nak new-school manowar try album louder than hell, kalau nak old school try kings of metal atau fighting the world
susah2 try kompilasi hell of steel
deaf:
aku kenal manowar melalui album fighting the world, so album ni tak berapa meninggalkan kesan
Ok tq so much.. (y)
aku buat masa sekarang dengar mp3 saja, satu dua lagu monowar ni..
Post a Comment