Bulan ini ada sihat sikit berbanding bulan lepas, mampulah kembali menyertai dua sessi seminggu.
Bila bersemangat sikit, ikut sessi sparring malam Rabu (yang selalu aku skip). Cuba sparring dengan ahli-ahli baharu PS Boxing.
Lain cerita, sarung tangan tinju (gloves) Outshock BG500 ini genap tiga tahun November ini. Selama tiga tahun diguna bergilir-gilir bersama gloves lain, tapi mengelupas (wear and tear) hanya pada bahagian yang tiada kontak dengan heavy bag, padding mahupun muka lawan.
Area yang selalu kontak pula masih utuh, maknanya material untuk permukaan ini lebih lasak berbanding area yang mengelupas tadi. Direhatkan dan diganti dengan Spark Camo yang sekian lama menunggu giliran untuk digunakan.
Tapi sayang Spark Camo ini agak kurang selesa diguna kerana padding terlalu tebal (16 oz) walaupun lembut, sedikit merencatkan genggaman penumbuk penuh dan terasa kurang puas menumbuk heavy bag atau padding. Mungkin akan dikhaskan untuk sessi sparring sahaja.
_____
AADI: Mengintai gloves Outshock lagi.







0 comments
Post a Comment