Selain harga tersenyum seperti kompilasi Greatest Hit, album Systematic Chaos (album semut) yang diperolehi kali ni juga merupakan versi "special edition" dengan tambahan DVD bonus dan imej slipcase yang berbeza sedikit (sekurang-kurangnya bukan digipak).
(P) & (C) 2007 The All Blacks B. V. issued to Road Runner Records. Meskipun slipcase yang koyak dan jewel case yang patah/retak, namun inlay, CD/DVD dan selebihnya masih nampak baru.
DVD bonus pula memiliki keseluruhan album dengan kualiti bunyi 5.1 surround dan sebuah dokumentari 90 minit bertajuk Chaos In Progress: The Making Of Systematic Chaos - diarahkan oleh MP. Memang best kalau ada (atau bekerja dalam suasana) studio seperti dalam dokumentari ni.
Ada beberapa perkara aku perasan dalam dokumentari ni - (1) MP memang bossy, hahaha!~ (2) JR jarang ditemuramah (3) lagi teruk, tiada langsung JM ditemuramah, mungkin aku terlepas pandang kot? (4) perkataan yang paling banyak disebut semasa temuramah MP/JP/JLB ialah "you know~".
Sebelum memiliki album ni, aku cuma pernah dengar tiga buah lagu sahaja iaitu In the Presence of Enemies, Forsaken dan The Dark Eternal Night. Tetapi secara peribadi, album ni lebih mudah dihadam berbanding Train Of Thought. Mungkin disebabkan lagu-lagu dan beberapa solo JP dalam album ni ada iras-iras lagu yang pernah aku dengar (Metallica, Anthrax, Iron Maiden, King Diamond, Opeth, Masterplan, dll).
Aku tercari-cari ulasan pakar (Krenmaut) untuk album ni, tapi tak jumpa.
_____
Ada apa: Akan rembat lagi album Dream Theater lain sekiranya disenaraikan dengan harga tersenyum.
4 komen:
JM memang "mysterious"...heheh...
I remember ni keluar terus download,
dengar sekali round...
dah...haha.
Ni tour dorang main kat Singapore, Fort Canning, aku tak gi.. haha. Tapi tak salah aku dorang ni tour Forsaken dorang main live. Hmmmnnn..
Tapi kebanyakkan interview DT john myung tu mmg susah nak becakap eh
murah tu.. aku nak tolak juga cd yang aku dapat kat cash n convert hari tu, tak minat sangat dengan album ni.. kena ngam time dengar,
Post a Comment