Kali ni bukannya diperolehi secara terus daripada CK Music (Bro Amizan dah lama berhenti kerja), tetapi melalui perantaraan Music Master Studio (thanks again Gapster).
Agak kecil sedikit jika dibandingkan dengan beg Line 6 FG5 yang agak premium. Tapi nasib baiklah ia diperolehi percuma dengan pembelian Pod HD300 semasa Year End Sale 2012.
Dan besar sedikit daripada beg Pedaltrain-Nano. Dengan kata lain Pedaltrain-Nano dan pedal-pedal stompbox gigrig #1 boleh juga dimuatkan dalam beg G5 ni, dan masih ada sedikit ruangan untuk perkakasan lain (mungkin kabel dan adapter).
Atau mungkin juga boleh dimuatkan dengan DIY pedalboard yang dah lama terbengkalai, kena ubahsuai ikut ukuran dalaman beg G5 ni.
Dan ini merupakan pembelian sampingan, Dunlop Zakk Wylde Icon Series medium (10-46). Zakk Wylde bukanlah faktor pembelian tali gitar ni (aku bukannya peminat ZW), tapi hanyalah perasaan ingin mencuba tali gitar "signature" pada saiz yang jarang aku guna (9-42, 9-46). Sebelum ini hanya pernah mencuba "signature" Dave Mustaine, Kerry King dan Santana sahaja.
Oh ya, dalam kesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat ulangtahun keenam untuk Music Master. Yang pasti Music Master akan sentiasa menjadi satu daripada sumber memperolehi barangan kegitaran (mostly pedals) untuk tahun-tahun mendatang.
_____
Ada apa: Lepas ni nak cari Rotosound Michael Amott dan/atau Paul Allender pula (fuh~ big gauges).
0 comments
Post a Comment