Sessi jamming semalam dibuat secara impromptu (spontan), dikelolai oleh Nas
Korawk. Dah lama tak jamming bersama-sama Korawk, kali terakhir kalau tak silap semasa
JOTB#2 bulan Januari lepas.
|
Korawk, lost in action. |
Atas dasar wasatiah kebirokrasian aku dan Korak, kami masih dapat menyewa
36 Studio untuk jamming walaupun ia
telah ditutup (untuk sementara waktu) mulai 1 November, terima kasih kepada tauke 36 Studio.
Tak ada apa yang menarik untuk diceritakan semasa sessi kali ni, gambar pun ada sekeping dua sahaja. Cuma sempat mencuba cover dua buah lagu secara impromptu -
Another Day (DT) dan
Fortunate Son (CCR), teruk tapi masih boleh dibaiki. Dan sedar tak sedar, sessi jamming berlarutan hingga dua jam.
_____
Ada apa: Hahaha lagu biasa dimainkan pun berterabur jadinya...
4 komen:
dasar wasatiah kebirokrasian
bersimpul2 lidah aku nak sebut
first time tau aku dengar cendol pulut.
korawk tu main drum ke nak menjahanamkan drum tu..heheh
deaf:
ayat bombastik tu
cendol pulut famous belah utara, nothing special cuma cendol ditambah pulut
rafi:
korok boleh main drum, tahap akar (kalau tak ada rotan)
Post a Comment