Pedal ini merupakan versi isu-semula (re-issue) daripada versi CMOS Hot Tubes dan bukannya versi Vintage Hot Tubes yang menggunakan tiub sebenar.
Tidak seperti East River Drive (ERD), pedal ini merupakan perolehan yang agak "trial and error". Aku bersedia menerima hakikat jika bunyi pedal ini tidak menepati citarasaku.
Sebagai pedal tunggal, bunyinya lebih ke arah "fuzz" berbanding bunyi "overdrive". Bunyinya akan mula menjadi "fuzzy" jika tombol OVERDRIVE dipulas lebih daripada separuh.
Bateri Mike Matthews. |
Tapi, itu semua pendapatku yang temberang...
Perolehan kali ini juga disertakan dengan sebungkus tali gitar Ernie Ball Coated Titanium RPS Hybrid Slinky (9-46) dan dua bungkus tali solo Ernie Ball dan Elixir bersaiz 32 (fifth string) yang dipesan sebagai gantian/backup.
_____
Ada apa: Harap-harap set Coated Slinky ini tidak menghampakan.
0 comments
Post a Comment