Menerima bungkusan eBay dari Singapura (tapi seller dari China?) Berisi
Diperolehi untuk menggantikan saddle FRS pada LTD M-103FM (Mirage) aku yang dah mula bermasalah semenjak beberapa bulan lepas, dah tak dapat kepit tali gitar dengan ketat.
Dibungkus mengikut ketinggian #1 untuk tali E dan E, #2 untuk tali A dan B manakala #3 untuk tali D dan G. Dengan radius 14 inci, hampir sepadan dengan radius Mirage iaitu 350 mm (~13.78 inci). Warna emas dipilih supaya sepadan dengan locking nut Gotoh GHL-2-G yang juga berwarna emas.
Aku agak kecewa dengan harga saddle FRS yang dijual oleh penjual sebelum ini dah naik daripada RM30 kepada RM40 seunit (bukan satu set = enam unit saddle) menyebabkan aku mencarinya di eBay.
Perlu ada The Key lepas ni. |
Super 3 yang gagah perkasa. |
_____
Ada apa: *Harga original boleh rujuk di sini.
0 comments
Post a Comment