Dipesan daripada Sandman Guitar Centre penghujung Januari, dengan kemahiran membodek yang tinggi, aku masih dapat diskaun 40% harga promosi jualan akhir tahun. Itupun berbekalkan suntikan dana hasil jualan OD-3 (GLTL).
Fungsi utamanya sebagai penukar channel (bank-ABC, preset-1234) pada amp, expression pedal pula seperti biasa digunakan sebagai pengawal volume, wah atau pitch. Setakat ini, fungsi LOOPER belum lagi dicuba.
Badannya tegap diperbuat daripada logam (aluminium?), bentuknya pula lebih ranggi berbanding footswitch Vox VFS5. Tapi Sanpera I ni hanya serasi dengan amp Peavey siri Vypyr sahaja, tidak seperti Line 6 FBV Express Mk II yang boleh digunakan dengan hampir semua Pod dan amp Line 6.
Disambung dengan menggunakan kabel MIDI yang disertakan (tiga meter). Aku pernah baca dalam forum Peavey yang mengatakan amp siri Vypyr boleh guna footswitch MIDI lain dengan sedikit modifikasi. Tapi dari segi kos, rasanya Sanpera I ni lagi murah.
Studio Pro 112 sebagai hiasan sahaja. |
_____
Ada apa: HT5-RH boleh rehat di rumah.
1 comment
InsyaAllah..kalo aku ada terjumpa album nightwish tu aku belikan
Post a Comment