Album studio ketujuh Mastodon Emperor Of Sand rilisan 31/3/2017, kira album Mastodon paling cepat aku miliki selepas dirilis setakat ini. Seni tulisan "Mastodon" kembali seperti era pra-The Hunter. Seperti album-album Mastodon sebelum ini, cover depan memang cantik dan menarik perhatian.
Sekali putar agak susah nak hadam lagu-lagunya kecuali dua lagu pertama Sultan's Curse dan Show Yourself yang telah dipra-tonton/dengar di Youtube sebelum rilisan. Dan pasti akan berpendapat album sebelumnya Once More 'Round The Sun lagi best. Tapi bila dah berkali-kali dengar, baru tau lenggok dan kekuatan setiap lagu.
Pada pendapat aku, trademark Mastodon adalah multi-vokalis, ketiga-tiga vokal Dailor/Sanders/Hinds hampir ada pada setiap lagu. Dan ketiga-tiga mereka memiliki identiti vokal yang berbeza. Tak lupa vokalis jemputan Scott Kelly dan Kevin Sharp untuk lagu Andromeda dan Scorpion's Breath.
Dari segi muzik pula, Mastodon memang "rajin" sebab kebanyakkan riff-riff agak kompleks, paling menang ketukan Dailor yang memenuhi setiap lagu. Cuma solo-solo Hinds walaupun best, tapi seakan-akan sama pada setiap lagu.
Kalau perasan, ada beberapa lagu memiliki efek bunyi seakan-akan filem sci-fi, aku pasti ia pengaruh Star Wars, kerana Kelliher merupakan peminat tegar Star Wars.
_____
AADI: Masta! Masta! Don.
4 komen:
Dulu aku ingat matt heafy trivium tu dari band mastodon.confused aku ngan 2 band ni
untuk aku aku kurang paham Mastodon ni.
Susah nak komen.
Aku pernah tengok dorang main live, tapi aku lagi beri perhatian kat hujan dan angin kuat yang sedang melanda,
dan dari tengok band beraksi atas pentas aku lagi beri perhatian penonton2 kelam kabut pasang hood kat kepala dan jacket dan poncho masing2.
Aku dah 2,3 kali pra dengar kat spotify...tp macam susah nak hadam...mungkin kena cuba berkali2 lagi kot..
Dah dengar lagu2nya, tapi tak semua. Ada satu lagi lagu baru yang mantap dorang main kat Jimmy Kimmel Live, Steambreather tapi tadak video yang pro-shot
Post a Comment