Konsert mega di Stadium Wembley, London yang berlangsung pada dua malam berturut-turut 6-7/6/2008, tapi kalau tengok rilisan rasmi ni sekali harung memang tak akan perasan pun.
Mengetengahkan lagu-lagu mereka sehingga album keenam Echoes, Patience, Silence & Grace. Sayangnya tiada lagu-lagu daripada album pertama, walaupun dikatakan ada lagu This Is A Call dan Big Me semasa konsert, tapi telah disingkirkan daripada rilisan rasmi ini.
Majoriti lagu-lagu dimainkan secara 4-piece (Grohl, Shiflett, Mendel, Hawkins), selebihnya dengan pemuzik tambahan seperti Pat Smear (gitar), Rami Jaffee (kibod, akordian), Drew Hester (perkusi) dan Jessy Greene (biola, celo). Kini selain Smear, Jaffee pun telah diiktiraf sebagai ahli tetap FF.
Dengan kejutan daripada dua anggota Led Zeppelin, Jimmy Page dan John Paul Johns mempersembahkan dua lagu klasik Rock And Roll (Hawkins vocal, Grohl drums) dan Ramble On.
Dave kata ini merupakan konsert FF paling hebat dan bermakna baginya dan dalam sejarah FF itu sendiri. Yelah, kalau dah dua malam berturut-turut menghiburkan puluhan ribu peminat di lokasi konsert antara yang tersohor di dunia, ditambah pula dapat beraksi bersama-sama childhood hero atau idolanya (Page, Johns), sesiapa pun pasti akan mengalirkan manly tears gitu~
_____
AADI: Nasib baik FF tak singgah KL bulan Ogos ni...
4 komen:
kalau tak silap FF juga pernah main di 02 stadium
kalau tak silap FF juga pernah main di 02 stadium
Kat fb dia aku tgk dia ada hint sebut nama malaysia.tak jadi singgah yer
adi - tapi belum ada rilisan rasmi
rafi - memang diorang bagi hint malaysia, tapi belum ada apa-apa perkembangan... sekarang dah bulan julai, tak sempat kalau nak arrange show hujung bulan ogos (date bangkok/singapore), show international ni kurang-kurang kena prepare 3 bulan lebih awal
Post a Comment