Tiap kali kalau Deaf-Angel buat entri konsert Iron Maiden TBOS 2016 dalam blog
KDHRnya, aku selalu request minta gambar Adrian Smith dengan gitar Jackson hijaunya. Siap jadi highlight dalam
entri ni.
Ini merupakan model custom shop Jackson, one-off berasaskan signature series Adrian Smith
San Dimas DK. Dikatakan dalam
Twitter ia bernadi Seymour Duncan
JB, agak terkejut sebab H terkenal sebagai ahli khemah DiMarzio
Super Distortion.
Surprise, surprise! Untuk Summer NAMM '17 Jackson bikin hangin jadikan gitar hijau tadi sebagai signature model terkini untuk Adrian Smith -
SDXQ.
|
Imej cilok website Jackson. |
Apa yang menarik ia merupakan X-series, siri *mampu-milik seperti model lama
SDX. Dan seperti SDX, tiada pikap Seymour Duncan atau DiMarzio, hanyalah pikap in-house Jackson HSS. Floyd Rose Special juga sebagai pembendung harga. Harap-harap ia buatan Indonesia berbanding India.
*Tapi dengan forex sekarang USD748.29 (~RM3.2k) pun dah dikira di luar kemampuan. Tak mampu ke San Dimas, duduk di Selatan California (
So-Cal) pun dah kira berbaloi, get it? So, skipped for the time being...
_____
AADI: Nak masuk khemah Jackson?
1 comment
lawa...nasib aku jari bangku...
Post a Comment