Sudah lama kompilasi ini berada dalam wishlist, tapi baru tergerak hati untuk memilikinya selepas menonton rancangan retro RTM yang menyiarkan kembali konsert Istimewa Bersama Freedom (slot ala Hiburan Minggu Ini) yang pernah disiarkan penghujung 80an dulu.
Aku dulu bukannya minat kumpulan Freedom ni, tapi bila layan kembali lagu-lagu seperti Mulanya Di Sini, Jauh Di Rindu, Persamaan dan Babak Cinta Terakhir, otomatik akan terkenang kembali memori zaman kanak-kanak.
Daripada gitaris Freedom Ghani (dengar khabar dah meninggal dua tahun lepas, ILWILR) juga, aku dapat tau yang solo gitar elektrik juga boleh main tekan-tekan (tapping) melalui video klip lagu Persamaan yang selalu disiarkan di RTM ketika itu.
Ok, kesemua bunyi-bunyi adalah mantap dan hi-fi, jelas kedengaran bunyi fingering bass yang letup-letup. Setaraf dengan statusnya yang telah di"remastered" dan bukannya hanya merakam terus daripada piring hitam (atau kaset) yang dah berkulat tanpa sebarang suntingan pasca-rakaman semula.
Sayangnya, inlay hanya memiliki lirik-lirik lagu, tiada apa-apa info mengenai kumpulan Freedom. Siapa-siapa ada info pasal Freedom boleh sambung dalam ruangan komen.
_____
AADI: Mungkin akan cuba cover lagu Jauh Di Rindu.
6 komen:
Arwah Ghani adalah anak kampung aku yang paling berjaya dalam dunia muzik. Tak kenal sangat dia walaupun aku rapat dengan adik-adik dia...aku belajar main gitar pun dengan adik dia...
tapi memang kenangan la...dulu2 bila Freedom keluar tv atau majalah...memang kecoh sekampung...
Seha dulu tak silap ada keluar solo album kot
rasanya siri bintang pujaan ni search ada juga..
Seha is the best. Sem9ga arwah selamat dan dilindungi Allah di sana. Amin.
Baru minggu lalu ada teman di ofis baru tahu Seha telah kembali ke Rahmatullah.
kalau tak silap, seha meninggal tahun 2006, hari yang sama dengan atuk "macam2 ada" astro meninggal... (sumber sms berantai ketika itu)
Post a Comment