Dihubungi semula oleh pembeli koleksi komik
Jengking Merah dan
Pembolos Keranjang tahun lepas (
entri ini) kerana dia tahu aku akan balik Membakut bersempena cuti raya. Kali ini koleksi
Raja Rimba musim pertama (#1-155) pula menjadi sasaran.
Hanya isu #132 sahaja yang tidak ada dalam koleksi (terlepas beli, bukan hilang), dan alhamdulillah kesemuanya juga masih elok selepas 20+ tahun dalam simpanan, tiada yang berlubang dimakan anai-anai.
|
Sinopsis entri 2013. |
Berdasarkan faktor fizikal dan 99.4% lengkap, koleksi ini berjaya dijual dengan harga 94% daripada anggaran kos asal, sudah kira cukup bagus pada pendapat aku. Dengan dana-dana yang diperolehi, cukup untuk mendapatkan seunit
Cry Baby Wah (sebagai rujukan nilai). Hobi lama menjana dana hobi baru.
_____
AADI: Sasarannya selepas ini ialah koleksi
Jejak Wira.
3 komen:
untung ler... aku semua pun yang simpan rasa sayang nak jual...haha..
pernah juga terfikir macam tu... tapi, daripada tak terjaga di kampung, baik letgo sajalah selagi ada nilai, lepas tu di-GLTL-kan untuk barangan gitar, kah kah kah...
Ada koleksi jejak wira tu tampal sikit kat blog.lama dah tak jumpa komik tu.dulu mmg tak pernah miss beli
Post a Comment