Dalam banyak-banyak gitar yang aku ada, Korina ini sajalah yang sanggup dilepaskan dan rakan ini bersetuju. Aku dah siap-siap keluarkan set pikap DiMarzio kombo Satriani/Gilbert dan memasang semula pikap asal (supaya nilainya menjadi mampu milik), selain dibelanja dengan potentiometer baru berserta sebiji buah oren.
Sprague Orange Drop .22uF dan pot 500k Lazada. |
Ini merupakan kali ketiga Korina ini gagal untuk bertukar tangan, nampaknya seperti
Terfikir untuk memasang set pikap EMG-HZ H4/H4A yang dikeluarkan daripada Nightfall dalam entri semalam supaya nampak lebih "metal". Tapi entahlah, mungkin disebabkan malas nak bertukang 2-3 kali, biar sajalah Korina ini dengan pikap asalnya...
_____
AADI: Selamat Hari Sarawak.
0 comments
Post a Comment