Oleh sebab fizikalnya yang bertaraf B-stock, Nightfall ini akan dijadikan gitar harian dan belasahan (workhorse) menggantikan Mirage. Penggunaan Sentient/Pegasus akan menjadi lebih optimum jika berada dalam Nightfall berbanding Goldie yang bakal direhatkan daripada "tugasan rasmi".
Aku lebih suka respon Sentient/Pegasus pada gitar yang berat berbanding ringan. Ikut pengalaman, set ini pernah dipasang pada Neon. Selain itu, Nightfall ini juga memiliki sistem Floyd Rose yang memiliki jajaran yang lebih selari dengan kekutub trembucker Pegasus yang lebih lebar.
Pendawaian asal. |
Pengaruh YusTech dikesan di situ. |
Dalam kesempatan yang ada, action direndahkan, dan dibuat intonasi menggunakan The Key. Ketika ini ia menggunakan tali GHS PRDM (10-52) yang dikitar semula daripada Neon dan ditala pada talaan Eb-standard.
Kelak ia akan dipasang dengan tali bersaiz besar dan dikhaskan untuk talaan rendah D-standard (atau drop-C# jika perlu), sesuai dengan julat pikap Sentient/Pegasus ini dan temanya "all-black guitar" .
_____
AADI: Nightfall in Middle-Earth.
1 comment
yustech kini tidak membuat pendawaian kemas lagi. Ia tinggal kenangan. Hehe
Post a Comment