Pernah beberapa kali dipasang dengan set pikap aftermarket seperti DiMarzio PAF Master/Satchur8, PAF 36th/Super Distortion dan EMG 81/60 (hardwired version). Tapi kesemuanya dikeluarkan, sama ada pikap tersebut ingin dijual, atau sebab dipasang semula dengan pikap asal kerana gitar ini ingin dijual dalam keadaan dan konfigurasi asal.
Dengan sistem solderless EMG, pemasangan hanya mengambil masa 15-20 minit, itupun banyak masa terbuang semasa menyusun wayar-wayar, pickup bus dan bateri supaya cukup-cukup muat dalam kaviti Korina yang terhad.
Seperti yang diketahui umum pikap EMG memang sinonim dengan metal, tapi dalam masa yang sama kemasan emas memastikan penampilan masih klasik seperti asal. Pikap asal Epiphone akan disimpan dalam arkib dan belum bercadang untuk menjualnya.
Setelah beberapa kali gagal bertukar milik, kali ini biarlah gitar ini kekal dalam axology dan menjadi gitar utama aku selepas ini. Kepada mereka yang sebelum ini pernah memberikan harapan palsu untuk membelinya,
The inspiration, of course...
_____
AADI: Otomatik GAS Les Paul Bjorn Gellote dapat diredakan.
0 comments
Post a Comment