Sabtu 15/9/2018 - Street Jam merupakan aktiviti jamming secara terbuka anjuran Riego Studio dan Pemuzika, sudahpun masuk kali keempat penganjurannya. Berkonsepkan seperti
Jammed Of The Beast yang lebih kepada sessi jamming beramai-ramai berbanding gig, bermula jam 2.00 petang hingga 11.00 malam.
Disebabkan bertembung dengan Pesta Tanglung dan Hari Malaysia, semua venue major sedang digunakan, maka Pantai Tanjung Batu (area food truck) dipilih menjadi venue kali ini.
Katanya inilah Street Jam yang ter"happening" setakat ini berbanding tiga sessi sebelumnya dengan penyertaan 26 buah band, termasuk dari luar Bintulu dan Negara Brunei Darussalam, diadakan selama dua hari berturut-turut (15-16/9).
 |
Silhouette Pendekar Mustar. |
Lokasinya agak strategik, pentasnya berada di lerengan bahagian atas manakala kawasan berniaga di sebelah bawah. Selain food truck, juga terdapat car boot sale dan gerai-gerai biasa.
Harapnya lokasi berniaga ini lebih lama bertahan berbanding lokasi
BCBS yang hanya HHTA. Lagipun lokasi Tanjung Batu yang memang menjadi tumpuan umum pada petang hujung minggu untuk bersosial, beriadah dan bersukan.
Aku yang baru sahaja
dapat lesen keluar habis bercuti "paternity" pada mulanya datang hanya sebagai pengunjung, tetapi pada saat-saat akhir membuat keputusan untuk turut "berniaga" dengan menumpang booth khas yang disediakan oleh penganjur untuk band yang terlibat menjual merchandise mereka (t-shirt, CD, sticker, dll).
 |
Flowers. |
Datang sekitar pukul 3.00 petang, sempat menyaksikan persembahan band dangsanak dari Negara Brunei Darussalam iaitu
Flowers,
Pemuzik Kena Reject dan satu band lagi aku lupa nama, maaf.
 |
Pemuzik Kena Reject. |
Maaf jika tiada ulasan untuk setiap band yang membuat persembahan. Entri aku kali ini agak umum dari kacamata seorang pengunjung dan peniaga.
Booth penganjur yang strategik, betul-betul di bawah pentas. Sambil berniaga sambil layan gelagat penonton. Dan kadang-kadang menjadi responden soundcheck FOH untuk area bawah pentas.
Seperti biasa, scene Bintulu agak unik, pelbagai genre boleh bernaung di bawah penganjuran yang sama. Penonton, groupies dan pengunjung pun agak sporting walaupun malu-malu pada mulanya. Tapi untuk band yang muziknya lebih berat, dijadualkan untuk persembahan slot sebelah malam - contohnya Erectus dan Tahi Suci.
Oh ya, aku mencuba nasib menjual aksesori kegitaran seperti
pick/plectrum, tali gitar, strap lock dan slide. Kebanyakkannya merupakan stok peribadi, dan tidak disangka atas sebab-sebab tertentu, jualan pick paling memberangsangkan. Meja sebelah merupakan barangan distro
Metuk Ulau Underground Voices kelolaan
Adi Herman Pendekar Mustar.
Nazre (team penganjur), Adi dan bassist band Flowers. Nazre berasal dari Limbang, Adi pula ada darah Kedayan, masuk lagi diaku... Nah kali ani tah, bisai kurapak biskita dangsanak...
Persembahan terakhir slot petang oleh band The Jagindas yang rata-ratanya merupakan ahli NV Unity. Aku tak pasti sama ada pertikaian nama atau penjenamaan semula.
Atas sebab-sebab
curfew tanggungjawab kepada keluarga, aku balik sekitar pukul 6.00 petang. Barangan dagangan ditinggalkan dan bakal diteruskan oleh penganjur dan Adi. Slot malam dijadualkan bermula pukul 8.00, tapi aku tidak dapat datang atas sebab-sebab yang sama. Jadi, layan sajalah video persembahan Tahi Suci di bawah ini.
Bersambung...
_____
AADI: Segan dan terharu bila ramai yang bertanya bila
MUP nak join gig.