Katanya hari ini ada perasmian oleh some VIP, apa yang menarik dikunjungi oleh Kelab Pemilik Harley-Davidson (HOG) Bintulu yang diketuai oleh setiausaha mereka Bro Eden REG. Motor besar dan muzik metal berpisah tiada.
Sedikit ucapan dan gimik pelancaran ketukan drum dan derumam Harley-Davidson. Dengan sambutan yang memberangsangkan, acara Street Jam sebegini mungkin akan berterusan.
Bro Eden disertai oleh 5-6 rakan lain pemilik jentera Harley-Davidson di Bintulu. Aku agak tertarik dengan battle jacket mereka.
Hari ini booth penganjur disertai oleh tauke CD On Demand dari Miri, membawa beberapa bakul CD kebanyakkannya CD metal. Banyak album-album yang menarik, nasib baik yang menarik itu kebanyakkannya aku sudah ada. Terjumpa album Happenstance (Fozzy) di sini.
Sambil membelek CD, dihiburkan dengan Persembahan band Pro-X yang membawakan lagu-lagu cover Rhythm Si Jantung Hati, Holy Diver, Forever And One (Neverland) dan Semangat Lamina.
Kemudian band Natas, yang aku ingat turut membawakan dua buah lagu cover Iron Maiden iaitu Losfer Words dan Phantom Of The Opera.
Seperti biasa, curfew aku sekitar pukul 6.00 petang. Sebelum balik sempat menapau chicken chop dan bolognese spaghetti daripada food truck My Little Kitchen ini. Sambil menunggu masakan siap, terhibur dengan sebuah band (aku lupa nama) yang memainkan lagu-lagu lama Nirvana, kebanyakkannya daripada album Bleach, memang KLMJ.
Slot malam - dapat pelepasan keluar untuk datang sekejap dengan alasan mengemas barang-barang dagangan dan menuai hasil jualan.
Datang sekitar pukul 9.00 malam, kebetulan band Nogas sedang beraksi. Persembahan yang bertenaga ditambah dengan sambutan penonton yang siap buat headbanging, moshing, whirlpool dan walls of death.
Tembok ratapan? |
Nampaknya, suasana malam lebih happening dan sesuai untuk persembahan band-band dengan genre muzik yang berat.
Kelibat Goatfather Bintulu - Rashid Malim. |
Cukup sejam, masa untuk balik rumah. Khabarnya selepas D-Dropper Tuner, ada sebuah band lagi dari Miri yang juga agak happening.
Apa yang dapat aku simpulkan, lokasi area food-truck Tanjung Batu ini agak strategik untuk membuat gig terbuka sampai lewat malam, disebabkan ia mengadap laut dan tiada kawasan perumahan yang berdekatan.
_____
AADI: Bersemangat untuk aktif semula.
1 comment
Aisey gwa nak tgk kot lu tag gambar HD banyak2..Hehehe...
Post a Comment