Bukannya aktiviti menukar pikap aktif lain, cuma menukar konfigurasi pot EMG dalam
Deluxe (EC-1000VB) aku daripada MASTER VOLUME/DUMMY/MASTER TONE
sebelum ini kepada BRIDGE VOLUME/NECK VOLUME/NECK TONE. Kebetulan ada pot tone EMG dalam simpanan, daripada tidak digunakan...
|
Seleaps - BRIDGE VOLUME/NECK VOLUME/NECK TONE. |
Ingin bereksperimentasi dengan dinamik tona
EMG 85 (neck), sebab itu ia dipasangkan dengan tombol volume dan tone berasingan. Manakala
EMG 81 (bridge) hanya perlu tombol volume sahaja, tak perlu ada tone, kalau adapun ia akan sentiasa dalam keadaan full blast.
|
Sebelum - MASTER VOLUME/DUMMY/MASTER TONE |
Dengan sistem solderless EMG, kerja-kerja begini amat senang dan jika tidak berpuas hati, boleh dipasang semula dengan konfigurasi asal (reversible).
Semasa keghairahan
berkonsul PS4 sepanjang
PKP dan Ramadhan lepas, memang agak jarang aku memegang gitar dan gajet-gajetnya, termasuklah
Pod HD Desktop yang baru diperolehi. Sekarang selepas habis memainkan
Days Gone dua pusingan, agak "gaming fatigue" dan mungkin boleh kembali santai bergitar-gitaran.
_____
AADI: Akan cuba aktifkan kembali Hepi;) Studio.
2 komen:
Pemasangan dan susunan yang sangat kemas. Thumbs up Tuan.
ini semua pengaruh blog Yustech
Post a Comment