Ok, ini percubaan pertama untuk minuman tenaga jenama Hype, dengan perisa After Dark cinnamon fire yang katanya merupakan perisa edisi terhad(?). Imej luarannya memang ranggi dan sedikit sebanyak menjadi penarik.
Dah lama aku perhatikan minuman tenaga jenama ini di pasar raya M, tapi harganya yang agak premium (seperti Monster Energy) sekitar RM3.00+ untuk setin berisipadu 250 ml membuatkan aku tidak tertarik picu untuk membelinya. Tapi untuk batch ini ia dilelong dengan harga RM0.99 sahaja, mungkin menghabiskan stok? Tiga perisa dibeli, dua stok untuk entri akan datang.
Buatan Poland dan ada tanda logo halal Poland bagi mereka yang was-was. Rasanya agak keras ditambah dengan rasa pedar-pedar kayu manis (cinnamon) dan pedas karbonat membuatkan pengalaman meneguknya sesuatu yang sukar dilupakan. Sesuai untuk peneman pemanduan jarak jauh, itupun kalau dah dapat rentas daerah/negeri.
_____
AADI: Kalau jumpa lagi dengan harga begini, beli.
2 komen:
menarik
1st time nampak... mungkin tak perasan ada jual
Post a Comment