Selepas countdown clock sejak semalam, akhirnya berita pengumuman adalah rasmi - Megadeth akan pencen. Sebelum pencen, akan ada satu lagi *album studio terakhir, dan disusuli dengan konsert tour "farewell" seluruh dunia(?) tahun hadapan.
Aku harap untuk tour terakhir mereka ini Abang Mus dapat tarik ahli-ahli lama tak kisah rasmi atau sessionist - Loureiro, Ellefson, Adler, Broderick, Drovers, MacDonough, Pitrelli, DeGrasso, Friedman, Young, Behler, Poland, King - seramai mungkin, sekurang-kurangnya sebagai "featuring act" untuk beberapa lagu seperti Friedman beberapa tahun lepas.
Dan jika ada tour tersebut ada melewati sebelah nusantara, harapnya sangkut satu konsert di Kuala Lumpur (atau Kuching, keh keh keh) sekali lagi seperti tahun 2017.
*Album studio terkini sebelum ini The Sick, The Dying... And The Dead! (2022) pun aku belum ada.
_____
AADI: Ada legasi Abang Mus untuk simpanan.
0 comments
Post a Comment