Mendengar kembali tiga CD audio album studio terawal Hootie & The Blowfish yang aku ada; Cracked Rear View, Fairweather Johnson dan Musical Chairs, perolehan zaman mula-mula ber-eBay sekitar 2009 dulu. Inipun terkorek kembali selepas anak-anak mula menunjukkan minat pada *koleksi CD aku.
Memasang album Musical Chairs yang agak lama tidak didengar, tidak seperti Cracked Rear View yang menjadi antara album yang selalu dicapai untuk dipasang semasa pemanduan. Album ini masih bermemori berbanding Fairweather Johnson yang agak janggal bila aku dengar. Ripped jadi MP3 dan dijadikan playlist santai pemanduan beberapa minggu ini.
Hannah Jane, Time, I Will Wait dan Las Vegas Nights antara lagu Hootie yang teringin dibawa jamming, tapi tiada geng sekaki. Kalaulah masih ada lubang-lubang CD murah macam zaman eStock dulu, memang aku akan cuba lengkapkan diskografi Hootie & The Blowfish ini.
_____
AADI: *Buka inlay siap baca lirik.





0 comments
Post a Comment