Drinho? Too common right? Takpelah dah selalu sangat buat entri pasal minuman import, kali ni kita sokong barangan buatan tempatan pula.
Jenama Drinho ni terkenal dengan variasi dalam kategori minuman susu kacang soya keluaran mereka, contohnya soya perisa jagung, soya Omega, soya Gold, soya dengan gula Melaka (brown sugar), soya organik dan macam-macam lagilah. Kali ni soya berperisa kurma pula!
Drinho soya milk with dates juice. Kurma? Mungkin disebabkan angin-angin bulan Ramadhan yang tak lama lagi menyebabkan Drinho mengeluarkan perisa kurma ni. Dengan harga yang sama seperti soya perisa jagung pada RM2.20-2.50 sekotak 1 liter.
Rasa? Tak jauh beza dengan soya gula Melaka, lemak soya masih sama tapi rasa kurma hanya ada sedikit sahaja. Adakah disebabkan rasa manis gula Melaka tak jauh beza dengan rasa manis kurma?
Apa-apapun aku masih lagi suka soya gula Melaka keluaran Delite sebab rasanya lebih lemak dan harganya pun murah berbanding Drinho.
_____
Ada apa: Drinho green tea with jasmine antara kegemaranku juga.
2 komen:
entry minuman? Nak kena lawan ni... tunggu... hahaha
nanti aku try carik kat kedai...nak test
Post a Comment