Menerima "cabaran" daripada Chop Sudir, vokalis/gitaris kumpulan Ana & The Scene (ATS) untuk memindahkan pikap Tesla
Plasma-X1 zebra set yang ada pada Ibanez
GAX30 (dipasang hampir empat tahun lepas) ke gitar Squier Vintage Modified Telecaster Custom II (
VMTC2).
Chop sukakan bunyi pikap Tesla ni, tetapi pada masa yang sama Chop lebih selesa menggunakan VMTC2 ni sebagai gitar utama/pentas (mojo Telecaster, serius).
Masalah utama yang dihadapi untuk projek ini - pikap asal VMTC2 ni merupakan jenis P90 (Duncan Designed) dan bukannya humbucker. Jadi, perlukan banyak kerja jika ingin memasang humbucker pada gitar ni.
Nasib baik kavitinya cukup besar untuk menampung saiz humbucker, aku tiada peralatan pertukangan kayu yang lengkap untuk buat routing humbucker jika kavitinya kecil. Untuk memudahkan kerja, hanya perlu mencari pickguard gantian yang sesuai.
Pickguard ni diperolehi melalui *Lazada (ya, Lazada, jangan terkejut) dengan harga RM25.30 sahaja. Walaupun saiznya retrofit dengan VMTC2 tetapi ada dua masalah yang dihadapi.
Pertama, daripada 14 lubang skru yang ada, hanya tiga sahaja yang selari dengan lubang asal pada badan gitar. Tapi tak mengapa (parap-parap), Chop membenarkan aku untuk menebuk lubang-lubang baru.
Kedua, lubang pikap adalah bersaiz Fender wide range yang lebih besar berbanding saiz humbucker. Idea penyelesaian untuk masalah ni pula diperolehi selepas teringat
Dave Murray Stratocaster (HSH)...
Iaitu dengan memasang ring pikap di atas pickguard. Ring pikap logam yang digunakan ni dah hampir tiga tahun terperap
dalam simpanan kes projek terbengkalai. Akhirnya berguna juga benda ni...
Pertukangan yang agak kasar, tapi sekurang-kurangnya masalah selesai dan semuanya berfungsi dengan cemerlang. Pendawaian dan komponen elektronik asal (suis, kapasitor, potentiometer) dikekalkan, tak perlu banyak kerja memateri.
Output jack asal tele yang bermasalah selalu tercabut juga diganti dengan output standard dua skru.
Atas permintaan Chop, VMTC2 ni juga dipasangkan dengan set tali baru SIT Power Wound bersaiz 9-42. Aku agak kecewa sedikit kerana jenama SIT ni juga tidak terlepas daripada beberapa tompokan kecil karat walaupun ia merupakan
stok baru dan bungkusannya kedap udara.
Dengan modifikasi di atas tadi, tele ni dah bertukar nama jadi Modern Modified Telecaster Custom II (MMTC2) hahaha... Dengan set Plasma-X1 ni, tele Chop dah boleh main genre metal! \m/
Lain cerita, Ibanez GAX30 pula kembali kepada konfigurasi dan pikap asal, kesian gitar ni...
_____
Ada apa: *Lazada pun dah jadi macam eBay.