Metuk Ulau Project At Jammed Of The Beast Episode #1


Gambar-gambar tambahan semasa Jammed Of The Beast minggu lepas, yang lebih bias spesifik semasa persembahan Metuk Ulau Project bukan Metuk Ulau Projekt Klasik (MUP-K).


Bob Kandar yang datang agak awal berharapkan MUP dapat main awal, kerana ada urusan keluarga pada sebelah petang (biasalah bila dah berkeluarga). Tapi sedihnya slot MUP hanya bermula sekitar 4.00 petang dan Bob Kandar hanya sempat bermain untuk 2-3 lagu sahaja. Tempatnya kemudian digantikan oleh Rashid Malim (MUP-K/COG).


Rashid tak sabar-sabar menunggu giliran MUP-K dan MUP, siap prektis memukul snare Pearl M1440 Piccolo (yang diperolehi dalam entri ni). Yang juga digunakan semasa tayangan umum Sarawak lawan Pahang (part 1, part 2).


Seperti yang aku ceritakan dalam entri yang lepas, bila tiba slot MUP aku memang dah hilang mood, dan kalau MUP tak jadi jamming petang tu pun aku tak kisah. Tapi memandangkan sessi ni juga sebenarnya merupakan "bachelor party" tidak rasmi Tuan Besar Korawk, the show must go on...

Disebabkan tiada siapa nak main bass, aku menggunakan patch "octobass" pada Pod HD300 aku untuk cover julat bunyi-bunyian bass.


Azrol kembali menggunakan X-11 yang telah dibaikpulih setelah terperap hampir sebulan (BBW2013 lepas dia guna Mirage aku) kerana mengalami masalah saddle untuk kali kedua.


Korawk pula tidak menggunakan gitar 1Malaysia (Petruccised GRG270) untuk sessi ni, tetapi menggunakan gitar hibrid (Teslarised Samick Hybrid Les Paul).

Walaupun dah ada setlist dan lirik, tapi terasa hanya beberapa buah lagu sahaja yang sempat dimainkan. Mungkin disebabkan faktor mengejar masa (dan hilang mojo mood). Sessi kali ni terasa agak kelam kabut, dan mungkin sessi jamming MUP paling teruk (di 36 Studio) setakat ni.


Pukulan drum yang agak berbeza untuk lagu Tears Of The Dragon, seakan-akan seperti versi Eb. Kelihatan tauke 36 Studio tersenyum tawar di belakang sana.


Chef Rezal (theonce, Now@Days) juga turut serta memainkan bass secara impromptu untuk beberapa lagu (Smells Like Teen Shit, Warriors Ride On The Chariots).


Tuan Besar Korawk yang bakal mengakhiri zaman bujangnya pada hujung bulan November ni berharap akan ada lagi sessi JOTB yang teratur pada masa yang akan datang. Selamat berusaha dan semoga maju jaya...

Daripada 10-12 lagu yang disenaraikan dalam setlist, aku rasa hanya 6-7 buah lagu sahaja yang sempat dimainkan; Warriors Ride On The Chariots* (main dua kali - sekali versi Bob Kandar, sekali versi Rashid), Seek Creeping Puppets* medley, Paranoid*, The Trooper*, Smells Like Teen Shit dan Tears Of The Dragon.

_____
Ada apa: *Korawk sebagai vokalis.

Wordless Wednesday: Green Mayoneses



Copied/edited from Guitar Porn Facebook page.
_____
Ada apa: Official website.

Goyang Bang Jali


Khas untuk anda yang bernama Jali...


_____
Ada apa: Goyangnya bikin hepi~

Sekitar Jammed Of The Beast Episode #1


Ulasan ringkas bergambar sekitar Jammed Of The Beast Episode #1 yang diadakan di 36 Studio Sabtu lepas (26/10/2013). Sessi yang dalam perancangan bermula sekitar 11.00 pagi ditunda sehingga 1.00 petang kerana masalah teknikal. Dan notis penundaan di Facebook pada malam sebelumnya tidak sempat dibaca oleh semua pengunjung menyebabkan ada di antara mereka yang telah datang seawal 11.00 pagi (kesian).

Aku dan Azrol sampai sekitar 1.15 petang, dan agak terkejut kerana ramai yang telah menunggu di sekitar kaki lima kedai runcit (bawah studio) kebanyakkannya berseragam hitam, suasana seakan-akan mini gig.

1. Erectus

Aktiviti jamming bermula sekitar 1.30 petang, slot pertama dimulakan oleh Erectus, disebabkan hanya mereka (pada pendapat aku) yang dah cukup korum ketika itu walaupun mereka dijadualkan untuk slot keempat.



Penganjur (Tuan Besar Korawk) juga lambat datang kerana bergegas ke lapangan terbang Bintulu menghantar Apai Rijal (Gamer Sayur) yang terpaksa balik Malaya kerana urusan keluarga (takziah). Oleh kerana itu, persembahan Erectus tidak sempat dirakamkan dalam bentuk video.

2. Busseg




3. Metuk Ulau Projekt (aka MUP Klasik)

The classic line-up...




4. Metuk Ulau Project

Secara peribadi, bila dah sampai masa untuk slot MUP aku dah tak ada mood nak jamming. Selain faktor persekitaran (jamming dan gig adalah dua situasi yang berbeza) dan karenah bandmates, menunggu lama juga sedikit sebanyak menjadi punca kehilangan mood.




Heavy metal lyric sheet...

5. Adapting To Genocide

Semasa persembahan Adapting To Genocide (sekitar 4.30 petang), aku tiada di studio kerana berada di makmal/pejabat untuk menyelesaikan tugas rasmi hujung minggu. Tugas fotografi diserahkan kepada Azrol.



Disebabkan ruang yang terhad, moshing tidak dibenarkan...

6. My Eyes See Ghost

Alex and Co.



Aku tidak mengikuti aktiviti jamming ni sehingga selesai, kerana jam telah menunjukkan hampir pukul 6.00 petang, masa untuk kembali ke dunia kekeluargaan (limit aku biasanya sampai pukul 5.00 petang).

Pemerhatian, pendapat dan kesimpulan.
  1. Objektif utama (seperti yang dinyatakan dalam entri ni) tidak tercapai, hanya 2-3 jam pertama sahaja agak meriah, selebihnya...
  2. Sessi jamming yang dianggap sebagai gig oleh sesetengah pengunjung, studio jadi crowded.
  3. Masih ada yang minum minuman keras di kawasan studio walaupun telah ditegah oleh tauke studio.
  4. Masih ramai yang gagal dari segi soundcheck (mengambil masa yang lama), walaupun ada di antara mereka dah selalu buat persembahan live. Contoh mudah; full gain pada pedal + full gain pada amp = humming tak ingat dunia.
  5. Ada juga yang gagal dari segi persediaan; persediaan fizikal - peralatan; lupa pick, kabel tambahan, bateri, adapter pedal mahupun persediaan mental - tak bersedia dengan setlist, tak berlatih di rumah, lupa lirik (termasuklah aku, kerana dah hilang mood).
  6. Tiada penguatkuasaan masa oleh penganjur mahupun pihak studio. Dengan kata lain, ada band yang main lama (termasuk soundcheck yang lama) dan ada band yang terpaksa main ala kadar kerana mengejar masa.
  7. Masih ada potong memotong slot, walaupun telah ada tentatif (kurang rasmi) - sekali lagi, tiada penguatkuasaan penganjur.
  8. Tiada ulasan mengenai muzik (mungkin akan diulas oleh blogger lain), sebab apa yang aku dengar sepanjang sessi hanyalah bunyi ketukan drum dan distorsi gitar yang bingit (nasib baik aku ada bawa ear-plugs).
Diharap episod-episod JOTB yang akan datang akan lebih teratur dan kurang crowded.

_____
Ada apa: Apalah ertinya jamming jika semua nak full blast?

Jammed Of The Beast Episode #1 (Part 2)


Aktiviti dijangka bermula sekitar 1.00 petang ini, dan mungkin berlarutan sehingga lewat petang...

Ni poster gila si Korawk la apa lagi...
Itupun aku rasa Burzum tak sempat main sebab studio tutup awal - tauke studio dan geng-geng MUUV pergi ke Dewan Suarah untuk menonton skrin besar perlawanan bolasepak Sarawak lawan Pahang (seperti minggu lepas).

_____
Ada apa: Varg Vikernes nak datang Bintulu?

Odometer AADI

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (17) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (18) ad mini (1) adiwira (65) adrian smith (22) after forever (6) ai (2) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amazon (3) amcorp mall (12) amplifier (173) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (74) anniversary (185) anthrax (1) arch enemy (3) arlo (12) artis tempatan (157) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (19) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) bag/case (94) barbarik (8) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (12) behringer (53) belajar gitar (12) bentley (18) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (330) bintulu buskers (6) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (46) blades (5) blaze bayley (35) blind guardian (22) blogging blues (80) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (80) botb (21) bourns (5) boxing (76) brado guitars (7) braingell radio (16) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (67) bumi putra rockers (4) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (85) cheers (3) children of bodom (30) ck music (69) cleartone (3) cog (12) coke (4) coklat (20) cola (13) compilation (71) conception (2) console games (57) converse (4) cort (57) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (20) d'addario (64) dalat (12) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (33) davis (4) db music (13) dead eye guitars (96) dean (28) dean markley (5) decathlon (11) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (54) digitech (26) dimarzio (70) dio (4) disturbed (3) dk2 (8) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (6) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (12) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dv mark (2) dvd (80) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (20) ec-256 (29) ec-257 (21) eclipse-ii (31) edwards (1) ehem (19) eksperimen (94) electro-harmonix (35) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (43) emo (284) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (38) epiphone (181) erectus (29) ernie ball (48) es-335 (2) esp/ltd (249) estock (72) evanescence (1) everlast (14) evh (2) exists (9) f-54 (10) f&n (19) fallout (22) family (77) fear factory (3) fender (23) filler entry (45) fishman (3) flashback friday (56) floor jansen (11) fontana (10) foo fighters (31) footwear (4) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (22) fusion (3) g-hr3-68 (10) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (63) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (133) gator (28) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (40) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (10) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (10) hammerfall (19) harley benton (2) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (68) herbal tea (13) heritage custom deluxe (10) hillsburg (2) historical (15) hootie (5) hotchix (42) hotel/resort (34) ibanez (241) icb200ex (15) iced earth (10) icon (63) imago (65) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (31) iron cross (9) iron maiden (184) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (297) j5 (15) jackson (79) james hetfield (3) jamming (166) jamtank (47) jepak (9) jim dunlop (84) jobranko (10) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (29) jr (29) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (8) kakis store (4) kamelot (29) karisma (4) kaset (40) kawan (393) kazanna (1) kempen (37) kerja (89) kerly (2) kesihatan (121) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (312) konsert (118) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (16) kuala lumpur (42) kuala penyu (2) kuching (18) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (22) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (40) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (90) lil (35) limbang (7) limited edition (73) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (7) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (95) m-50fr (29) mackie (1) mahogany (1) maiden tribute (31) majestica (5) makan/minum (591) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (14) marco hietala (28) marigold (3) marshall (22) martial arts (31) martin (1) martin/darco (11) masks (5) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (70) melaka (13) membakut (46) memori (490) mercyful fate (11) metallica (106) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (9) mini entry (51) miri (24) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (20) mooer (2) motorhead (9) movie (118) mrs (22) muf (9) mug (3) mukah (14) mup (171) music bliss (37) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (17) my music (8) nanasmania (25) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (33) new gear (271) newsted (3) nightfall (14) nightwish (20) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (125) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (10) nylon maiden (2) of string (30) offspring (2) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (16) pandora mini (12) pantai (8) papar (1) pc games (86) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (374) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (72) pepatung (4) peristiwa (35) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (15) pic of the day (64) pick (72) pickup swap (108) pickups (236) pkp2020 (25) pkp2021 (21) pl1 (9) planet waves (19) playstation (49) plustop pro (1) pm2011 (8) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (25) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (10) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (47) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (5) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (34) restring therapy (119) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (5) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (14) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (4) sandman guitar (8) sarawak rock & mob (14) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (65) shopee (59) sibu (10) sick puppies (5) signboard (18) silica gel (7) silvia (23) singapore (59) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (79) solar (1) sonata arctica (3) sony (37) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (33) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (21) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (197) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (30) sundrop (7) sungai (12) super album (108) superlux (4) susu (19) sv guitars (3) swee lee (36) sx (10) sze chan (1) t-shirt (70) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (25) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (39) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (7) throwback thursday (51) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (24) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (49) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (121) tribute (69) trivium (21) tsb6 (7) tuner (39) tv (36) tyrantx (3) ugly kid joe (4) ultra swede (10) usm (10) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) wilkinson (1) wings (39) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (494) wrestling (16) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (133) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger