Bob Kandar yang datang agak awal berharapkan MUP dapat main awal, kerana ada urusan keluarga pada sebelah petang (biasalah bila dah berkeluarga). Tapi sedihnya slot MUP hanya bermula sekitar 4.00 petang dan Bob Kandar hanya sempat bermain untuk 2-3 lagu sahaja. Tempatnya kemudian digantikan oleh Rashid Malim (MUP-K/COG).
Rashid tak sabar-sabar menunggu giliran MUP-K dan MUP, siap prektis memukul snare Pearl M1440 Piccolo (yang diperolehi dalam entri ni). Yang juga digunakan semasa tayangan umum Sarawak lawan Pahang (part 1, part 2).
Seperti yang aku ceritakan dalam entri yang lepas, bila tiba slot MUP aku memang dah hilang mood, dan kalau MUP tak jadi jamming petang tu pun aku tak kisah. Tapi memandangkan sessi ni juga sebenarnya merupakan "bachelor party" tidak rasmi Tuan Besar Korawk, the show must go on...
Disebabkan tiada siapa nak main bass, aku menggunakan patch "octobass" pada Pod HD300 aku untuk cover julat bunyi-bunyian bass.
Azrol kembali menggunakan X-11 yang telah dibaikpulih setelah terperap hampir sebulan (BBW2013 lepas dia guna Mirage aku) kerana mengalami masalah saddle untuk kali kedua.
Korawk pula tidak menggunakan gitar 1Malaysia (Petruccised GRG270) untuk sessi ni, tetapi menggunakan gitar hibrid (Teslarised Samick Hybrid Les Paul).
Walaupun dah ada setlist dan lirik, tapi terasa hanya beberapa buah lagu sahaja yang sempat dimainkan. Mungkin disebabkan faktor mengejar masa (dan hilang
Pukulan drum yang agak berbeza untuk lagu Tears Of The Dragon, seakan-akan seperti versi Eb. Kelihatan tauke 36 Studio tersenyum tawar di belakang sana.
Chef Rezal (theonce, Now@Days) juga turut serta memainkan bass secara impromptu untuk beberapa lagu (Smells Like Teen Shit, Warriors Ride On The Chariots).
Tuan Besar Korawk yang bakal mengakhiri zaman bujangnya pada hujung bulan November ni berharap akan ada lagi sessi JOTB yang teratur pada masa yang akan datang. Selamat berusaha dan semoga maju jaya...
Daripada 10-12 lagu yang disenaraikan dalam setlist, aku rasa hanya 6-7 buah lagu sahaja yang sempat dimainkan; Warriors Ride On The Chariots* (main dua kali - sekali versi Bob Kandar, sekali versi Rashid), Seek Creeping Puppets* medley, Paranoid*, The Trooper*, Smells Like Teen Shit dan Tears Of The Dragon.
_____
Ada apa: *Korawk sebagai vokalis.
3 komen:
Napa boleh betukar jadi smells like teen shit pulak?
Rafi said...
Napa boleh betukar jadi smells like teen shit pulak?
hahahhhahahahahaha kelakar soalan bro...
coz sounds like shit...
Post a Comment