Aku tertarik dengan entri blog Jo @ Noobaxe yang agak "rage" ni. Hahaha, Jo aku paham perasaanmu, aku pernah mengalami *situasi macam ni waktu aku berkecimpung dalam dunia perkomputeran dulu (2000-2005).
Tapi tiba-tiba aku teringat cerita kawan aku Mr. M yang membeli Abominations aku (Dean VMNTx) penghujung Mac dulu...
Tiga bulan selepas memiliki gitar aku tu, tiba-tiba dia bagitau aku yang output gitar tu tak kuat, guna distortion pun bunyinya seperti mild overdrive. Aku bagitau itu cuma masalah kecil, cuma stereo input jack short-circuited (seperti gambar di bawah) dan bukannya masalah pada pikap Tesla AH-1 (active set).
Dipendekkan cerita (seperti yang diceritakan kembali oleh Mr. M dan Jairo), gitar tu dibawa ke sebuah kedai gitar di Labuan untuk dibaiki. "Guitar tech" kedai tersebut dah buka dan keluarkan semua pikap, pot dan wiring dan kemudian membuat andaian (aku tak tau apa dia buat) bahawa pikap Tesla AH-1 yang bermasalah, tapi lepas tu tak pandai nak pasang balik pasang ala kadar. Yelah kan benda dah "rosak" buat apa nak pasang cantik-cantik kan? Aku tak pasti pula kena cas servis atau tidak.
Atas inisiatif mereka sendiri, gitar tersebut dibawa pula kepada seorang rakan "guitar tech" Mi Scusi (pergh~ ada guitar tech yo!~) dan kini gitar tersebut sudah "pulih" dan yang pasti bukan pikap Tesla AH-1 yang bermasalah. Btw, apa masalah sebenar gitar tu Jairo?
Setakat ni aku cuma pernah dua kali memasang pikap secara DIY, dua-dua pikap Tesla iaitu model AH-1 dan Plasma-2. Sebab aku tak berapa yakin dengan "guitar tech" yang ada di Bintulu ni, lagipun kalau aku boleh buat sendiri aku boleh jimatkan RM50-80. Kecuali kalau ada guitar tech seperti Yustech atau Master Beez baru aku yakin hantar gitar aku kepada mereka untuk dimodifikasi.
Sebenarnya pasang pikap ni tak susah (kecuali kalau tak belajar Kemahiran Hidup), lebih-lebih lagi kalau pasang pikap EMG yang jenis solderless. Yang susah ialah berhati-hati, nak jaga gitar supaya tak calar sepanjang proses pemasangan pikap tersebut.
_____
Ada apa: *Technician yang tak tau, tapi buat-buat tau...
4 komen:
Thumbs up for Jairo.Good work.
1. kedai tu tak di bayar satu sen pun malahan mendapat komen yang sangt rage di dalam FB drg dan ianya di sokong oleh banyak pihak (unsatisfied customer) sehingga pihak pengurusan kedai tersebut terpaksa delete komen tu....
2. Guitar tu adalah masalah pot jack pada awalnya dan aku nasihatkan supaya jgn kacau apa2 dulu sehingga gitar tu di hantar ke kota kinabalu untuk diselanggara oleh guitar tech "Mi Scusi" walaubagaimanapun Mr. M cuba untuk menjadi tikus membaiki labu dan akhirnya beliau berjaya menjadikan gitar itu kepada sebiji labu yang dibaiki oleh tikus....
3. Setelah tiba di kota kinabalu gitar tersebut dlm keadaan berserabut wayar dia pun pendek dikerjakan oleh teknisyen kat labuan tu....setelah aku terangkan apa masalah sebenar gitar tu dan explain pasal pot tu akhirnya masalah tu selesai dengan cemerlang... hehehehehehe
4. En. Yustech: heheh aku tak kena mengena dlm proses pembaikan tu... aku jadi tukang antar jer hehehehehe
komen yg plng detail stakat ni, kalah komen mcm ni lah dulu
kau tah raja! сломанной мудак!!!! :D
мастурбировать половой член!
Post a Comment