Dah beberapa bulan aku memiliki Si Kacang Merah ni, baru malam tadi aku betul-betul membaca manualnya yang digelar Pilot's Handbook.
Pilot's Handbook yang tebalnya lebih kurang 1 inci tapi sebenarnya taklah setebal mana, sebab isi kandungannya dibahagikan kepada lima bahagian mengikut bahasa - English, French, Dutch, Deutsch, Spanish. Manual hitam berlabel Model Gallery tu hanya bercerita pasal amp, cab, pedal dan efek yang dimodelkan dalam Pod X3 ni (English only).
Seperti yang dikomen oleh Dr. Ben dalam entri ni - "mudah je nak operate once you got the principle of how it works". Ya, memang betul. Bila dah tau fungsi-fungsi asas setiap tombol dan butang, proses seterusnya menjadi lebih senang.
Fungsi macam ni yang aku nak set dalam personal/user folder - output gitar menuju ke amp gitar, manakala output vokal menuju ke PA system, atau kedua-dua output gitar dan amp langsung ke mixer studio (untuk setting Z-Studio). Sebab aku bercadang nak guna Pod X3 ni untuk sessi jamming Metuk Ulau Projekt yang akan datang dan mungkin juga untuk sessi jamming marathon lapan jam (kalau jadi).
Front input untuk gitar atau bass, dan XLR input untuk mikrofon.
Sebenarnya kalau nak tweak bunyi sendiri (personal sound) memang akan mengambil masa yang lama. Tapi disebabkan preset yang sedia ada dalam Pod X3 memang banyak (hi-gain, lo-gain, song presets, heavy FX, pairs, acoustic, bass, vocal) aku cuma perlu mencari dan mencampuradukkan secara "mix and match" beberapa preset yang ada mengikut kesesuaian lagu yang bakal dimainkan.
Setakat ni aku baru set gitar/vokal untuk dua buah lagu; The Trooper dan Tears Of The Dragon. Tu pun dah memakan masa hampir dua jam untuk memilih preset yang betul-betul memuaskan hati. Tapi preset yang ada untuk vokal memang best, suara teruk pun boleh jadi best (asalkan tak lari pitch lah).
_____
Ada apa: Korawk, Adi - bila nak buat sessi jamming Metuk Ulau Projekt lagi?
6 komen:
mun murah mau ku membali barang ani tapi harganya di luar kemampuan..мастурбировать половой член!
benda ni (waktu aku beli) lg murah drp zoom G9.2ut yg ko punya
nanti upgrade pod hd pulak
tak payah pikiak2 sangat bro, trust your ears. tekan2 butang, test tone- bunyi baik, cepat2 masuk 'bank'.
dr. ben:
klu ada rezeki maybe HD300 je kot
bro sub:
btl tu, wlupun ada bunyi bogner, diezel, engl, boogie... in the end akan kembali kpd bunyi marshall dan peavey juga hehehe
sori bro schedule aku agak bz dua tiga menjak ni.....
Post a Comment