Entri kali ni tak ada kaitan dengan album Manowar Kings Of Metal, tapi nak cerita sedikit pasal album terbaru Blaze Bayley (sebagai penyanyi solo) - The King Of Metal yang dirilis secara rasminya pada 8/3/2012.
Ya, sebagai penyanyi solo dan bukan lagi dengan band Blaze Bayley (The Man Who Would Not Die, Promise And Terror) mahupun Blaze (Silicon Messiah, Tenth Dimension, Blood And Believe).
Cover art yang ringkas, dan kita tahu sibotak tu ialah Bayley.
Imej link dari Wikipedia.
Menurut kata Bayley, album ni ditujukan khas kepada "raja metal" yang sejati - iaitu peminat, yang telah banyak menyokongnya sepanjang suka-duka karier bergelar penyanyi metal.
Daripada pra-dengar beberapa lagu di YouTube, lagu-lagu dalam album kali ni agak "longgar" berbanding Promise And Terror dan The Man Who Would Not Die. Tapi aku suka lagu di bawah ni...
Lagu yang agak tak metal, tapi dapat dirasakan kekuatan vokal Bayley yang penuh dengan emosi, kadang-kadang kedengaran seakan-akan suara Glenn Danzig ketika berteriak.
Walaupun terdapat pelbagai kritikan mengenai album ni, aku akan pasti berusaha untuk mendapatkannya. Masa untuk mencari album ni di eBay.
Nak cuba pra-dengar album Wolfsbane Save The World pula lepas ni.
_____
Ada apa: Dr. Ben, bila nak jual Tenth Dimension?
2 komen:
I understand ada satu lagu slow kat cd ni yang probably a very good song dan one of the best songs kat cd ni.
Tapi aku belum dengar apa2 pun.
ntahla, aku mcm malas nak sedut mp3 atau dgr semua thru youtube, kira mcm spoiler la nnti kan?
Post a Comment