Sekitar sessi latihan Hepi;) selepas waktu kerja di garasi Jabatan, sebagai persiapan untuk persembahan "live band" sempena Sambutan Ngiling Tikai dan Penutup Karnival Sukan Jumaat 29/6/2012 nanti.
Sessi pertama - Rabu 27/6/2012
Sessi latihan pertama bersama bass baru yang diterima pada sebelah paginya. Dah lama tak main bass memang rasa kekok, terlalu banyak kesalahan semasa memainkan lagu-lagu standard jamming bersama Metuk Ulau Projekt (MUP).
Bass and vocal rig - Oren Besar tu sekarang dah dimiliki oleh Bob Kandar setelah dijual oleh pembeli pertamanya beberapa bulan lepas.
Sila abaikan perut yang...
Oke, bass baru aku tu ialah Ibanez GARTB20 MSS (metallic silver sunburst), bass "murahan" berskala pendek 30.3" dengan bentuk ART series - singlecut ala Les Paul. Yup, dengan kemasan (finish) silver sunburst atau silverburst yang diGASkan dalam entri lepas, hehehe... Ada masa nanti aku buat ulasan ringkas pasal bass ni.
Sessi kedua - Khamis 28/6/2012
Menerima VT40+ yang dipinjam daripada seorang rakan MUUV dalam pukul 3.30 petang, yang merupakan bekas mantan amp aku dulu. Bersama-sama dengan Oren Besar, kedua-duanya bagai sirih pulang ke gagang.
Juga mendapatkan khidmat Jo sebagai bassist jemputan untuk memeriahkan suasana dan supaya nampak seperti "band" Jabatan, dimainkan sepenuhnya oleh staff Jabatan (kecuali Azrol, anak staff Jabatan), manakala aku mengambil keputusan untuk menggunakan Goldie.
Jo yang pada mulanya tak berapa serasi dengan cara permainan kami bertiga yang agak kasar (biasa main metal). Jo ni memang pandai main gitar malahan gitar kapok Jo merupakan tempat aku mula-mula belajar main gitar waktu kami menyewa rumah yang sama dulu.
Disebabkan slot yang diberikan untuk persembahan kami hanyalah 20-25 minit, jadi kami memilih lagu-lagu berikut yang difikirkan agak sesuai dengan suasana majlis:
- Intro - Caught Somewhere In Time (trademark MUP)
- Sejati
- Hati Emas
- Anak Kampung
- Acoustic Song
In the end, beli bass baru tapi bukan aku yang main... *sigh~*
_____
Ada apa: Hehehe, macam bass Bro Sub.
3 komen:
Perut yang slim??
Wow... Main gitar style cangkung. Brutal.
faizal:
perut yg 1-pack :D
bro sub:
lagi brutal dari kangkang robert trujillo! haha
Post a Comment