Terjumpa Coca-Cola dalam botol kaca (250 ml) ni di pasaraya NWM Sabtu lepas. Dengan harga promosi RM1.20 sebotol, memang aku terus membelinya memandangkan Coca-Cola botol sebegini dijual di pasaraya lain dengan harga RM2.00-4.00 sebotol!
Ya, ini merupakan Coca-Cola buatan Thailand (imported). Setahu aku, pada masa kini Coca-Cola Malaysia hanya memasarkan Coca-Cola dalam bentuk tin (365 ml) dan botol plastik (500, 1500 dan 2000 ml) sahaja. Tidak lagi seperti tahun 80an dulu, Coca-Cola (dan beberapa minuman ringan jenama lain) dijual dalam bentuk botol kaca 285 ml (biasa didapati di restoran mamak).
Oh ya, rasanya juga sedikit berbeza dengan Coca-Cola tempatan, mungkin disebabkan gas (karbonat) yang banyak menyebabkan lidah terasa sedikit pedih bila meminumnya - seperti rasa Coca-Cola pertama yang kita minum dulu...
_____
Ada apa: Atas dasar hoarder collector (pengumpul), botol kaca tu aku tak buang, hehehe...
3 komen:
Yoda minum pepsi kot.
yoda mabuk todi
hehehe nanti aku post botol aku pulak! hang pernah jumpak air tin yang besar dia 1/2 tin nescafe?
hehehehhe
Post a Comment