Hepi;) dijemput untuk membuat persembahan sempena Majlis Penutup Karnival Sukan & Sambutan Penutup Gawai (Ngiling Tikai) anjuran Kelab Sukan & Rekreasi Jabatan pada Jumaat minggu depan 29/6/2012.
Sebenarnya dah lama Hepi;) tak beraksi semenjak diserap masuk ke dalam Metuk Ulau Projekt (MUP). Dan semenjak itu aku dah lama tak main bass yang akhirnya membawa kepada keputusan untuk me"let-go" bass aku Clover seperti dalam entri lepas.
Warwick Vampyre, ada berani?
Sekarang aku dah tak ada bass, nak pinjam bass daripada rakan-rakan ahli muzik di Bintulu ni agak leceh (sebenarnya akupun segan nak pinjam). Petang tadi kami dah mula berlatih (tanpa bass - aku guna Goldie), main muzik tanpa bass memang akan terasa sesuatu yang tak kena.
[Edited @ 25/6/2012 8.40 am] Bob Kandar sekarang dah guna drumset digital Medeli DD506, drumset lama Tama dah jual. Eh? Medeli DD506 dan amp Orange? Macam pernah nampak je...
Long story short, I need bass!
_____
Ada apa: Rookie bassist tanpa bass...
5 komen:
beli la bass baru.. lepas performance jual balik... mesti harga pun ndak turun
why not? idea yang bagus... kejap lagi aku call tauke DEG
nak classic...DABEL BASS....rare
double bass = logistic problem
hehehehe
Post a Comment