Bungkusan kali ni berisi Zoom Q3HD Accessory Pack (APQ-3HD) dan adapter Zoom AD-16E. APQ-3HD ni adalah untuk Q3HD si Korawk sebagai persediaan untuk merakam persembahan Metuk Ulau Projekt dan band lain pada Oktoberfest malam esok.
Adapter Zoom AD-16E pula adalah untuk G2Nu aku yang sebelum ini menggunakan adapter Roland ACR-230E (Micro-Cube punya) yang mempunyai voltan dan arus yang sama (centre negative, 9V/500mA). AD-16E ni lebih ringan berbanding model AD-0006E (9V/350mA) yang pernah aku miliki dulu (zaman B1X, G1X, B2, G1M, G1u) tapi dah dibeli oleh Azrol.
Aku was-was nak guna adapter Behringer PSU-HSB-ALL yang ada disebabkan arusnya yang besar (1700mA) nanti bakal merosakkan G2Nu, dan kerosakkan sebegini biasanya tidak dilindungi oleh waranti. Dalam blog Yustech, pemilihan arus yang bersesuai untuk pedal selalu ditekankan (supaya tak kena kutuk, hahaha~ Jangan marah Bro Yus).
Windshield, mini tripod, AV cable, HDMI cable, pouch, AD-14E adapter. |
_____
Ada apa: Hari ni cuti kurang sihat, harap-harap tak menjejaskan prestasi persembahan esok.
4 komen:
wow
pergh...Korawk ni official cameraman ke???
official cameraman utk noise of borneo
welcome to Q3HD my friend.
Post a Comment