5-string guitar? |
Bila disiasat dengan lebih terperinci... Alur skru dalaman pada saddle dah haus, longgar dan tidak dapat diketatkan lagi.
Mana aku nak cari alat ganti (spare part) untuk unit di atas sahaja? Jo Noobaxe? Yustech? Hashtag? Nonuz? |
Kes seperti ini tidak pernah terjadi pada ex-Replacement aku dulu yang menggunakan Edge-III bridge, walaupun ramai yang komen Edge-III teruk. Sekurang-kurangnya material pada Edge-III (on RG models, not GRG) lebih keras berbanding FRS.
Jadi, sementara menunggu untuk mendapatkan alat ganti yang sesuai, Mirage ni akan direhatkan dalam rockcase ular untuk suatu jangkamasa yang tidak dapat dipastikan. Aku baru terfikir nak menggunakannya untuk Oktoberfest kelak (faktor string neon). Adakah ini petanda supaya aku menggunakan gitar baru untuk Oktoberfest?
Lepas ni kalau (ya, kalau) aku beli gitar dengan sistem "locking tremolo", aku tak akan beli lagi yang menggunakan sistem FRS. Mungkin aku akan target sistem Edge-Zero II w/ZPS atau ZR atau alang-alang FRO terus.
_____
Ada apa: Kepada rakan-rakan gitaris FRS (atau bakal), jadikan kes ini sebagai tauladan.
4 komen:
bende ni mmg problem sbb pki zink alloy, amik 1 set saddle lebih kurang rm240 utk ori schaller FR..leh carik kat woh fatt
tambah 1 lagi Schaller arm trem outfit RM80 di woffat.
Bro, gua ada spare, amacam? Nak tak? Sebab itulah, FSP- tak akan dibeli...
bro sub, kalau ada utk 4th string (D) apa salahnya :)
Post a Comment