Gitar singlecut bolt-on terpakai berharga RM200 dibeli oleh anak rakan sekerja yang baru berjinak-jinak bermain gitar elektrik, datang berjumpa aku untuk "dipandu-uji".
|
Sekali imbas nampak menarik, tapi baru perasan satu tombol tone dah hilang. |
Untuk gitar berharga RM200 kira masih boleh diterima, hayat fret masih panjang, neck pun lurus dan bunyi pun boleh tahan. Cuma action sahaja yang terlalu tinggi tak dapat nak direndahkan lagi, kecuali jika diubahsuai sedikit sudut pada sambungan bolt-on gitar ni (shimming?).
|
Macam mana nak sebut AUSTRSUAX? |
Dengan gitar ni, akhirnya ter"let-go" juga amp Roland
Micro-Cube (paling lama dalam axology aku) disebabkan tuan punya gitar tadi tidak mempunyai amp mahupun sebarang pedal efek untuk digunakan di rumahnya. Kesempatan dalam kesulitan ni hahaha~
_____
Ada apa: Gali gali gali...
6 komen:
Time for a new amp! Yeaahh! :D
microcube sesuai utk busking
Susahnya nak sebut nama!
micro cube memang sesuai untuk busking
pelik jenama gitar....
cap ayam la kot?
Post a Comment