![]() |
The Zoom G brothers. |
Kes malas nak tukar baju, pergi jamming masih pakai baju kerja hehehe... Dan seperti gig Bintulu Music Fest (BMF) yang lepas, aku akan menggunakan Calypso untuk gig esok (IDK sig maaa~). Azrol masih lagi dengan gaya yang sama dengan X-11nya.
Kali ni Bob Kandar "didera" habis-habisan praktis drumbeat untuk lagu Run To The Hills, terutamanya part chorus (dig-dege-dish dig-dege-dish). Lagu-lagu lain tak ada masalah sebab dah biasa main.
Oh ya, Korawk ada untuk sessi kali ni. Seperti BMF yang lepas Korawk menggalas tugas sebagai bassist MUP menggantikan Adi Herman yang berkomitmen dengan kumpulan utamanya iaitu Tresno yang juga bakal beraksi esok.
Ironinya, esok kedua-dua Azrol dan Korawk akan menggalas tugas berganda (double-duty). Selain MUP, Azrol juga merupakan gitaris
*Ini kali pertama kami jamming di Bara Studio, aku rasa Bara Studio ni sama macam REG Studio iaitu bukan studio sewaan umum. Bisnes mereka lebih kepada sewaan peralatan untuk majlis-majlis keraian._____
Ada apa: Ice cream for me?
2 komen:
Kalo kekalkan imej berbaju kemeja camtu time perform ok jugak tu bro..heheh
mcm pesen abg mus(taine)?
Post a Comment