Metallica Singapore? (Part 4)


Semalam ramai yang gelabah dan panik takut tiket konsert Metallica Singapore sold-out, ni semua gara-gara mereka dimomokkan dengan kes seperti di Shanghai melalui media sosial.

Dan yang lebih tak sedap didengar, awal-awal pagi lagi ada yang mengatakan tiket dah sold-out sedangkan mereka (yang menyebarkan khabar angin ni) langsung tidak pernah mengakses web Sistic, membuatkan rakan-rakan lain (yang nak pergi tapi tak tau macam mana nak beli tiket) berputus asa.

Sekadar gambar hiasan.
Aku setuju dengan pendapat Deaf-Angel dalam entri ni. Area tu luas, dan agak afdal kalau LAMC Productions pecahkan lagi kepada beberapa area dengan harga tiket yang murah (kalau boleh semurah SGD50). Kalau ada tiket murah (tak kisahlah jauh di belakang) aku pasti ramai *legionnaire lain akan berpaling tadah, hahaha!
Buktinya, setakat pukul 10.00 malam tadi, tiket kedua-dua area masih lagi dijual (aka belum sold-out).
Aku juga mengucapkan tahniah dan selamat berMetallica kepada beberapa rakan bloggers yang berkomitmen untuk pergi dan sudahpun membeli tiket (TJ, MBA). Dengan kata lain, korang memang Metallicats kental!

Yang masih atas pagar tu, apa cer?

_____
Ada apa: *"Legionnaire du Dr. Ben" = rakan bloggers yang ambil keputusan untuk tidak pergi.

Metallica Singapore? (Part 3)


Sistic dah keluarkan iklan...


Bila aku cuba-cuba klik "check availability or buy tickets", notis ni keluar...
"As your booking experience is important to us, we have introduced a queuing system to regulate the flow of traffic.

This ensures that transactions in process are rapidly completed despite overwhelming traffic.

Please try again by clicking this link www.sistic.com.sg

We apologise for any inconvenience caused.
"
Selamat berusaha dan harap bersabar kepada rakan-rakan yang mencuba nasib membeli tiket secara online. Jadikan entri ni sebagai motivasi.

Setakat pagi ni ada lagi dua orang rakan bloggers yang telah berkomitmen untuk tidak pergi, iaitu Faizal Skudal dan Rafi Xyrus. Tidak kurang juga yang berkomitmen untuk pergi seperti TJ, MBA dan Takilala (walaupun mamat ni dah malas untuk berblog).

_____
Ada apa: Aku masih minat Metallica walaupun aku tak pergi...

Metallica Singapore? (Part 2)


Ramai rakan-rakan bloggers yang masih dalam dilema sama ada nak pergi atau tak (contohnya TJ, MBA, Muspeed dan Deaf), tak kurang juga yang dah berkomitmen untuk TIDAK pergi seperi Dr. Ben dan Jairo seperti yang dinyatakan dalam status Facebook mereka beberapa hari lepas.

Imej cilok.
Aku? Setelah mendapat tahu harga tiket SGD148/188 (~RM370/470) dan membuat pengiraan bajet kasar (concert tix, return flight, renew passport, rations) aku harus bersedia dengan amaun minimum RM1k, satu nilai yang agak besar dan amat mustahil untuk aku kumpul dalam masa dua bulan (dengan gaji aku yang tak seberapa ni) tanpa menjejaskan perbelanjaan keluarga.

Berbeza seperti waktu konsert Iron Maiden Singapore tahun 2011 lepas, waktu itu aku masih bujang dan tiada tanggungan, kalau pokai sekalipun masih boleh bertahan makan mee segera sehingga menunggu gaji berikutnya.

Oleh yang demikian aku mengambil keputusan untuk menyertai "Legionnaire du Dr. Ben", dengan kata lain aku TIDAK pergi, I'm not going...

Dan yang pasti, semangat nak tengok Metallica secara live tidak membara sepertimana semangat nak tengok Iron Maiden (pengaruh DVD Rock In Rio dan Flight 666). Tapi sekiranya Metallica masih boleh mengekalkan kualiti konsert sama standard seperti Live Shit, Cunning Stunts dan S&M, mungkin semangat aku masih membara. Dan/atau mereka memasukkan Kuala Lumpur dalam senarai destinasi konsert mereka seterusnya.

*Sekadar gambar hiasan.
Walau bagaimanapun, sebagai tribute untuk Metallica, Metuk Ulau Project akan cover beberapa lagu Metallica secara medley untuk gig YOLO minggu depan, medley yang kami namakan Seek Creeping Puppets.

_____
Ada apa: *Featuring Korawk as vocalist.

Wordless Wednesday: Coution?




_____
Ada apa: Late post...

Antara En Vivo! Dan Maiden England '88


Dua album live terkini Iron Maiden versi audio CD - En Vivo! (dah ada versi DVD) dan Maiden England '88 yang hanya sempat digambar semasa mengunjungi premis Victoria Music, Amcorp Mall bulan lepas.


Tak mampu nak beli (pada ketika itu) atas sebab-sebab kegawatan ekonomi, dua unit album ni pun dah mencecah RM100+, aku hanya mampu membeli album Bikin Wilayah sahaja. Tapi tak mengapalah, ada masa (dan dana tambahan) nanti aku cuba cari di premis Speedy Video atau order melalui eBay (harap-harap dapat harga murah).

_____
Ada apa: Lari daripada kehangatan demam Metallica Singapore.

Metallica - Self-Titled (aka The Black Album)


Bungkusan eBay dari UK yang diterima pada pagi Jumaat minggu lepas, diterima beberapa minit selepas aku siarkan entri mengenai konsert Metallica Singapore. Ya, satu lagi hasil pancingan daripada estock_deutschland berisi CD audio Metallica (ya Metallica, kebetulan?) self-titled album aka The Black Album.


Diperolehi dengan harga tersenyum €3.86 (RM16.29) dengan pengeposan percuma, dan CD yang aku terima ni kalau tak silap mungkin cetakan pertama 1991, casing dah nampak bermusim, tapi inlay dan CD memang memuaskan.

Inilah album yang memperkenalkan aku kepada Metallica sekitar pertengahan 90an dulu (ya, aku lambat kenal Metallica). Tapi ironinya aku tak pernah memiliki album ni sama ada dalam bentuk kaset mahupun CD (setakat mp3 pernah la) tidak seperti album-album yang lain. Dah beberapa kali aku nak beli album ni di premis Speedy Video, tapi tak pernah jadi.


Waktu aku SPM dulu, album ni (pinjam kaset Awang Raem, drummer Manggas) menjadi peneman ketika mengulangkaji mata pelajaran terutamanya Fizik. Beberapa rumus, persamaan dan fakta dapat dihafal secara subliminal - sampai sekarang aku masih ingat hukum tuas melalui lirik "so close no matter how far".

Ulasan? Tak payahlah, semua orang dah tau album ni... Cuma penerimaannya mungkin berbeza-beza mengikut generasi, ada yang kata album ni best, yang otai pula kata album ni Metallica dah mula lembut. Apa komen geng-geng bloggers?

Oh ya, pasal konsert Metallica Singapore, aku tunggu harga tiket disiarkan di Sistic dulu. Kalau "over-budget" memang aku tak pergi. Lagipun semangat nak tengok Metallica ni taklah "membara" sepertimana nak tengok Iron Maiden beberapa tahun lepas.

_____
Ada apa: Metallica = black metal?

Neon Mirage (Part 3)


Sebelum ni aku pernah memasang tali gitar DR String neon hi-def orange pada Mirage aku, kali ni aku memasang hi-def green pula, setelah sekian lama terperap dalam simpanan semenjak diperolehi daripada Bro Sub beberapa tahun yang lepas.


Pada mulanya aku stok hi-def green ni untuk dipasang pada Calypso, tapi atas sebab-sebab tertentu aku mengambil keputusan untuk memasangnya pada Mirage.


Dengan cahaya biasa (flash kamera) pun tali ni agak "menyala", dan sememangnya ia lebih "menyala" apabila disinari dengan cahaya hitam (ultra-violet @ UV) seperti dalam entri ni.

Walaupun DR Neon ni nampak gempak, tapi sebenarnya ia kurang praktikal kerana sadurannya (coating) membuatkan tali ni terasa kesat dan kurang licin. Sadurannya juga tidak tahan lama, lebih-lebih lagi jika anda shredder menggunakan pick secara agresif (ayat ulangan entri ni).

_____
Ada apa: Agak-agak pentas Danau Alai ada lampu UV tak?

Metallica Singapore?




Info daripada Metallica.com
Our super exciting summer in Asia continues with the addition of Singapore to the schedule on Saturday, August 24 at the Singapore Changi Exhibition Centre. This will be only the second time we have ever played in Singapore with our last visit over 20 years ago! It all adds up to a truly unique and special month of August in Metalli-world.
Tickets to the general admission show go on sale on Friday, June 28 at 9:00 AM local time at www.sistic.com.sg, and at 10:00 AM local time at ticketing agents. 
We aren't finished yet, so as we like to say, keep watching this space!
Apa kata geng-geng Bloggers?

_____
Ada apa: \m/

Antara Pizza Aeon Bandaraya Melaka Dan Fast 6


Sambungan cerita bulan lepas.

Pizza 12" cap ayam di medan selera Aeon Bandaraya Melaka cuma berharga RM15.00, lebih berkeju dan melekit-lekit berbanding pizza dalam entri ni yang berharga hampir dua kali ganda.


Walaupun topping taklah se"hype" Pizza Hut, tapi memang puas hati makan berempat sebelum menonton filem Fast 6 di GSC.


Aku taknak buat ulasan mengenai filem ni, cuma Fast 6 dah kurang fokus kepada kereta yang digunakan berbanding filem-filem sebelumnya.

_____
Ada apa: The longest airport runway in the world.

Wordless Wednesday: Kwiyomi KFC




_____
Ada apa: Apa beza antara kwiyomi dengan gwiyomi?

Hepi;) And Friends


Kolaborasi terbaru Hepi;) bersama dua orang yang boleh dikategorikan otai dalam persada seni muzik bawah tanah Bintulu. Ia adalah persiapan untuk gig tertutup [belum ada nama rasmi] yang dijadualkan bulan September nanti (lepas raya le~).

Sekadar gambar hiasan.
Dengan bertemakan 80's Rock, pastinya lagu-lagu era rock kangkang 80an (Wings, Search, May, Lefthanded, Bumi Putra Rockers, Rusty Blade dan tak lupa 80's Iron Maiden) akan dimainkan. Adakah pengajur dipengaruh oleh filem Rock Oo!?

_____
Ada apa: Lain macam je ni...

T-Shirt Tengkorak (Part 2)


Tiada kaitan dengan t-shirt tengkorak dalam entri ni.

Selalunya aku menerima bungkusan dari luar negara berisi CD atau DVD yang dibeli melalui eBay, tapi Jumaat minggu lepas aku menerima bungkusan dari US yang agak lendik yang pastinya berisi produk fabrik.

Ia berisi sehelai t-shirt hitam, ini merupakan kali pertama aku membeli t-shirt dari luar negara. Bukan, ia bukannya berisi t-shirt "tengkorak" Iron Maiden mahupun Metallica.


Dengan tag Fruit Of The Loom bersaiz 2XL/American, agak sedikit besar bagi aku yang biasa pakai saiz 2XL/Asian. Tapi tak mengapa, sekurang-kurangnya ia selesa dipakai dan tidak mendiskriminasi saiz.

Depan.
Ia merupakan sehelai t-shirt rasmi ESP Guitars dengan rekabentuk bernama "Seven". Diperolehi daripada eBay seller hardcore9277 dengan harga US$19.00 @ RM60.89 (harga rasmi US$21.99). Tapi bila ditambah dengan kos penghantaran, nilai akhir mencecah tiga digit juga~

Belakang.
Walaupun berlabel ESP, tapi tiga buah gitar yang terpampang di belakang merupakan model-model LTD 7-string iaitu EX-307, EC-407 dan V-307 (hence, the design name was "Seven"). Dan tak perlulah aku jelaskan kenapa aku memilih rekabentuk yang berwarna hijau...

My ESP family.
Pastinya ia bukanlah t-shirt harian dan hanya akan dipakai pada waktu-waktu tertentu sahaja (contohnya semasa persembahan gig). Dan amat afdal jika dipakai semasa menggunakan gitar-gitar LTD aku - Mirage dan Silver Wings. The reason why I bought it in the first place.

_____
Ada apa: ESP endorser?

Selamat Hari Ayah (Part 2)


Tahun kedua aku "menyambut" hari ayah, kali ni Lil'Ijau dah berusia setahun sebulan, cepat benar masa berlalu. Sekarang Lil'Ijau dah terlampau aktif, dah tak dapat nak ajak posing macam tahun lepas.

"Ayah, macam ni lah baru bunyi rock!" - sekadar gambar hiasan.
Apa-apapun, selamat hari ayah kepada semua pengunjung dan pembaca AADI yang berstatus ayah :)

_____
Ada apa: "Ayahku pun rock juga..."

Masjid Jamek Negeri Sarawak


Pagi-pagi Jumaat ni baik buat entri pasal masjid (macam entri Deaf-Angel), ni cerita bulan lepas waktu aku sekeluarga (Mrs. Ijau, Lil'Ijau - sekeluarga la tu) pergi ke Kuching untuk menghadiri majlis perkahwinan adik kembar Mrs. Ijau.

Majlis akad nikah berlangsung selepas solat Jumaat, jadi sebelum majlis aku dibawa oleh iparku untuk bersolat Jumaat di Masjid Jamek Negeri Sarawak.


Ini merupakan kali kedua aku menziarahi masjid ni, kali pertama penghujung tahun 2006 waktu berkursus induksi di Cawangan Kuching. Aku tak pasti sama ada masjid ni bertaraf masjid negeri ataupun tidak, aku pasti akan ada anak jati Sarawak yang akan menjawabnya kelak.


Ruang solatnya memang luas, rasanya dalam 2-3 kali ganda luas daripada Masjid Setia Raja Mukah. Aku suka tengok ruang dalaman yang luas dengan tiang (pillars) dan kubah (dome) bergeometri dan melengkung (arched), seakan-akan sedang berada di dalam Halls Of Moria.


Rekabentuk lengkungan tiang seakan-akan sama seperti di Masjid Assyakirin Bintulu (mungkin arkitek yang sama). Ruang luas yang unik sebegini tidak memerlukan pendingin hawa yang banyak, pengudaraan (ventilation) semula jadi berbentuk lingkaran berpilin (vortex) terhasil daripada bentuk kubah dan lubang-lubang yang strategik (aku tak tau istilah arkitek).

_____
Ada apa: Info lebih lanjut mengenai masjid ni boleh layari website IslamGRID.

Ada Apa Dengan Double Sensation Pizza?


Macam best...

Imej Pizza Hut.
Realitinya...


Ya, aku tau ada ayat "product shown are for illustration purpose only", yang lain aku tak kisah tapi semenjak aku makan Pizza Hut tak pernah sekalipun ada keju yang elastik melekit-lekit bila kepingan pizza ditarik (elastik, lekit, tarik, hmmm it rhymes). Nasib baik rasanya sedap mengubat jiwa yang luka...

Sama kes seperti Ultimate Cheese Bites 7 Pizza suatu ketika dahulu.

_____
Ada apa: Muspeed, kali ni tak payahlah hang report kat Facebook Pizza Hut Malaysia lagi. Nanti kena hack lagi akaun Google aku, hehehe...

Wordless Wednesday: For Chicken




_____
Ada apa: Untuk kegunaan ayam sahaja.

Bro Adam's DK2FS


Jumaat minggu lepas Bob Kandar menghantar sebuah gitar kepunyaan Bro Adam untuk diservis, sebuah Jackson Dinky buatan Jepun model DK2FS (sama seperti website ni). Aku kurang pasti model ni keluaran tahun bila, tapi pastinya ia adalah model lama.

Bersemayam dalam hardcase Gator.
Ia tidak mengalami sebarang masalah besar, cuma tombol TONE dah keras disebakan pot dah berkarat dan Bro Adam meminta aku untuk menggantikannya dengan pot yang baru. Seperti biasa, sebelum memulakan eksperimen kerja, mari menjenguk sekejap DK2FS ni...

Reversed headstock, with DIY sticker bindings.

Duncan Designed humbucker pickups unknown model (maybe HB102 combo), Jackson double locking bridge (licensed Floyd Rose) dengan mekanisma seakan-akan Ibanez Edge-III.


Tiga tombol (dari kiri) BOOSTER, TONE, VOLUME - suis kecil di sebelah kiri sekali adalah untuk mengaktifkan GEQ-1 Firestorm booster (hence the acronym FS for Firestorm). Ini yang membuatkan gitar ni unik berbanding Dinky yang ada sekarang. Firestorm boost switch for extra gain. 0-25 dB boost! (clean = more volume, crunch = more gain).

Bolt-on neck plate with serial number 9694542.
Secara keseluruhan, pertukangan (craftsmanship) gitar ni memang mengagumkan terutamanya kemasan trans amber burst maple top, kemasan yang biasanya popular pada gitar-gitar Les Paul. Dan Bro Adam ni seorang yang pandai menjaga gitar, gitar ni berusia hampir 10 tahun (menurut cerita Bob Kandar) dan ia masih lagi nampak baru.


Beginilah isi perut DK2FS ni, bateri 9V adalah untuk Firestorm booster dan bukannya untuk pikap, gitar ni memiliki pikap pasif.


Pot yang berada di tengah-tengah merupakan pot asal yang dah keras dimamah usia, di sebelah kanan pula merupakan pot baru 500k yang dibekalkan oleh Bro Adam. Disebabkan pot yang dibekalkan mempunyai syaf yang pendek, ia tidak sesuai digunakan. Nasib baik aku ada stok beberapa biji pot 500k dengan syaf yang panjang (kiri) sebagai ganti.


Terlalu banyak wayar bumi (earth) pelbagai saiz untuk dipateri semula sekaligus, kemahiran memateri aku tidaklah sehebat Bro Yus (Yustech), jadi aku menggunakan *entah apa nama benda plastik tu* untuk menggabungkan wayar-wayar bumi tersebut.

Dan untuk tidak menyusahkan diri, aku tidak meringkaskan litar seperti mana yang dipelajari dari blog Yustech. Biarlah ia dengan litar asal yang berserabut, jika ia tidak rosak, jangan baiki...


Kalau diikutkan proses kerja mengambil hanya masa sekitar 25-30 minit sahaja, tapi aku melakukannya dalam tempoh hampir sejam. Ini semua gara-gara layan filem The Lost World: Jurassic Park di TV2 sambil membuat kerja-kerja pematerian.

Sememangnya aku menyukai gitar-gitar jenis superstrat seperti Dinky dan yang seangkatan dengannya (LTD M-series, Ibanez RG). Dan hampir kesemua ciri-ciri yang aku idamkan pada sesebuah gitar superstrat ada pada gitar ni - reversed headstock, 24-fret, figured inlays, HH combo pickups, double locking bridge, booster. Cuma pemilihan pikap sahaja agak kurang memuaskan, adalah lebih afdal jika gitar ni dilengkapi dengan kombo pikap Seymour Duncan JB/Jazz seperti Dinky buatan Jepun yang ada sekarang (namely DK2M).

_____
Ada apa: Bunyi? Aku tak pandai buat ulasan pasal bunyi, sekian harap maklum.

Metuk Ulau Project At You Only Live Once Gig?


Aktiviti menarik untuk bulan Julai. Sekali lagi seperti gig yang lepas, tiba-tiba nama Metuk Ulau Project tersenarai...


Untuk gig kali ni ada sedikit rombakan ahli kumpulan, a little bit of twists - aku dan Korawk akan bertukar posisi. Dan sekiranya tiada arah melintang, MUP akan cuba menyampaikan lagu baru...

Korawk, apa cer?

_____
Ada apa: Forever alone Bintulu~ \m/

X-11 Saddle Improvisation


Selain Floyd Rose Special (FRS) pada Mirage aku beberapa kali mengalami masalah, rupa-rupanya Cort X-11 Azrol juga mengalami masalah berkaitan ketahanan material pada double-locking II bridge (Cort's in-house licensed Floyd Rose).


Kalau kes Mirage aku hanya loose pada alur skru saddle, tapi masalah pada X-11 ni lebih teruk lagi. Saddle untuk tali kelima (tali A) pecah. Ia disebabkan tekanan yang lebih apabila bolt saddle dipulas terlalu ketat. Sebelum ni aku pernah berpesan kepada Azrol supaya jangan pulas bolt pada locking nut dan saddle terlalu ketat, tapi apa boleh buat benda dah jadi.


Nanti boleh cadangkan kepada Dr. Ben untuk buat kajian mengenai ketahanan/kekukuhan material pada logam komposit yang digunakan ni.

Azrol agak risau dengan keadaan gitarnya yang malang ni disebabkan gig yang akan datang hanya ada masa sebulan lagi, dan Azrol belum ada "bajet" untuk membeli alat ganti.


Untuk tidak mencemaskan Azrol, aku cuma membaikinya dengan menggunakan saddle FRS Mirage aku yang loose. Dan disebabkan diameter bolt besar sedikit berbanding bolt FRS, jadi ia agak ketat pada area alur skru yang loose. Walaupun agak tinggi sedikit, tapi okelah sekurang-kurangnya masih boleh mengepit tali gitar dengan ketat, tapi kalau terlalu "ganas" menghayun tremolo, aku tak jamin ia boleh bertahan lama.

_____
Ada apa: Worst-case scenario, gig nanti aku bawa Mirage aku sebagai gitar backup untuk Azrol.

HammerFall - No Sacrifice, No Victory (3D Cover)


Terpancing lagi CD audio HammerFall melalui eBay estock_deutschland (mana lagi?) dengan harga yang agak seronok berbaloi iaitu €6.10 (RM24.71). Kali ni album studio ketujuh mereka iaitu No Sacrifice, No Victory dalam versi digipak dengan covert art imej 3D (lenticular), ni special/limited edition kot?.


Sebenarnya bungkusan CD ni diterima serentak dengan bungkusan yang berisi CD Danzig III: How The Gods Kill semalam. Dan aku agak gabra bila mendapati satu daripadanya mempunyai sticker KDN, dengan kata lain pernah dibuka untuk pemeriksaan.


Nasib baik bungkusan yang diperiksa KDN merupakan bungkusan yang berisi CD HammerFall dan bukannya Danzig. Ini merupakan CD kelima yang diperiksa oleh KDN, empat CD sebelumnya ialah S&M, The Man Who Would Not Die, Hatebreeder dan A Night At The Opera. Dan alhamdulillah setakat ni semua dilepaskan dan tidak menerima nasib malang seperti Takilala.


Tracklist
  1. Any Means Necessary
  2. Life Is Now
  3. Punish And Enslave
  4. Legion
  5. Between Two Worlds
  6. Hallowed Be Thy My Name
  7. Something For The Ages (instrumental)
  8. No Sacrifice, No Victory
  9. Bring The Hammer Down
  10. One Of A kind
  11. My Sharona (cover The Knack)
(P)+(C) Nuclear Blast GmbH, manufactured in Germany. Jika anda meminati heavy/power metal, pasti anda akan terhibur dengan semua lagu yang ada dalam album ni (kecuali intro lagu Legion dan Between Two Worlds yang menjengkelkan), oleh yang demikian ia layak dikategorikan sebagai super album dalam koleksi AADI.


Walaupun Stefan Elmgren tidak lagi bersama HammerFall untuk album ni (yang digantikan oleh Pontus Norgren), tetapi ia masih lagi mengekalkan bunyi metal klasik trademark HammerFall - mid tempo and simple riffs - membuatkan lagu-lagu HammerFall senang "dihadam" telinga seperti lagu-lagu Manowar era 80-90an.


Sekitar tahun 2009 dulu aku pernah buat entri ulasan panjang untuk album ni, tapi waktu tu aku cuma ada versi Asialink. Dan setelah mengetahui versi Asialink merupakan versi cetak rompak, entri tersebut (dan semua entri ulasan CD Asialink) aku dah keluarkan daripada AADI.

_____
Ada apa: Versi Asialink untuk dipasang dalam Imago, versi original untuk simpanan di rumah :)

Danzig - Danzig III: How The Gods Kill


Setelah pembelian dari eBay tertangguh beberapa kali, akhirnya kali ni aku berjaya memilikinya, album studio ketiga Danzig, iaitu Danzig III: How The Gods Kill. Diperolehi tak lain tak bukan dari estock_deutschland dengan harga €4.57 (RM18.55) termasuk pengeposan percuma.

Sejak beberapa tahun lepas aku ingin memiliki album Danzig ni tapi was-was berkebarangkalian ia akan ditahan sekiranya diperiksa oleh KDN. Merujuk kepada tajuk album, tajuk-tajuk lagu dan lirik-lirik di dalamnya yang agak "puitis". Tapi kali ni aku agak "gamble", kalau ditahan KDN pun aku tak kisah sebab harganya tak sampai RM20.


Versi yang aku perolehi ni merupakan cetakan pertama (1st pressing) (P)+(C) 1992 Def American Recordings, dan bukannya versi cetakan semula (reissued) 1998. Oleh itu fizikalnya nampak agak bermusim (seasoned) walau bagaimanapun inlay dan CD masih dalam keadaan memuaskan.


Info lebih lanjut mengenai album ni boleh layari Wikipedia ataupun baca entri blog Berteromber dan Takilala. Album ni merupakan antara album terawal yang memperkenalkan aku kepada muzik kegelapan, dilayan ketika era pasca-SPM dan pra-USM iaitu sekitar 1996-1997 (bersama-sama album Load), yang juga merupakan era kemurungan peribadi yang terlampau.

Walaupun aku bukanlah peminat Danzig mahupun Misfits, tapi suara Glenn Danzig memang mantap dan mempunyai julat vokal yang luas, contoh yang jelas dalam lagu Anything dan Sistinas. Disebabkan hampir semua lagu dalam album ni memang best dan atas faktor nostalgia, ia layak dikategorikan sebagai super album dalam koleksi AADI.

_____
Ada apa: Solo gitar dalam lagu Anything memang epik!

Wordless Wednesday: Ada Apa Dengan Bedak Agnesia?




_____
Ada apa: Bila rindu bau anak... [Re-drafted and re-posted]

Ada Apa Dengan Super Collider?


Baru ada masa untuk berblog hari ni, semenjak minggu lepas tak ada masa nak menaip entri sebab sibuk travelling dengan kursus ICT di Melaka dan seterusnya cuti balik kampung Mrs. Ijau sempena cuti panjang Gawai Dayak. Entri terjadual (scheduled entry) pun berterabur sampai entri Wordless Wednesday keluar hari Selasa.

Hari ni pun Sarawak masih cuti (cuti gantian) disebabkan cuti Gawai bertindih dengan cuti Keputeraan SPB Yang Di-Pertuan Agong dan cuti hujung minggu.

Imej cilok.
Oh ya, cerita pasal album terbaru Megadeth Super Collider yang katanya dilancarkan secara rasmi semalam (4/6/2013) di bawah label Abang Mus sendiri Tradecraft (sebelum ni di bawah label Roadrunner).

Album terakhir Megadeth yang aku layan ialah Endgame, dan selebihnya layan album lama dan kompilasi. Album Th1rt3en sebelum ni pun aku belum berpeluang membeli atau pra-dengar (sedut) lagi. Tengoklah macam mana komen dan reaksi geng-geng bloggers lain yang kaki minat Megadeth (lebih-lebih lagi Doc Ben) mengenai album terbaru Megadeth ni.

Lagipun, seperti album-album Megadeth sebelum ni memang senang nak cari di pasaran Malaysia, sama seperti album-album Metallica dan Iron Maiden. Tak payah susah-susah cari di eBay, kecuali harga eBay lebih berbaloi dan murah di bawah RM40.

_____
Ada apa: Atau estock_deutschland?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Netbook/Tablet Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (5) 1h1e1m (30) 1malaysia (5) 36 studio (31) 57 goldtop (67) 58 explorer (14) ac/dc (6) adiwira (13) adrian smith (14) after forever (6) alice (11) amazika (2) amcorp mall (11) amplifier (125) amplitude music (1) amplug (4) andy james (2) angker (2) anime (52) anniversary (68) anthrax (1) art200 (3) artis tempatan (121) ashportal (3) ashton (5) asialink (4) ats (14) audioslave (2) avril lavigne (3) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (6) badges/patches (8) bag/case (54) bara studio (3) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bc rich (7) beaufort (12) behringer (44) belajar gitar (11) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (254) bintulu buskers (5) black sabbath (1) blackstar (19) blades (4) blaze bayley (23) blind guardian (20) blogging blues (44) blu-ray (3) bmf2013 (8) bon jovi (4) boss (47) botb (19) bottlecapt (3) brado guitars (1) braingell radio (13) brr2013 (16) bruce dickinson (21) buku/majalah (50) bumi putra rockers (3) bundaberg (13) cable (24) canon (2) ccr (1) charvel (52) children of bodom (19) ck music (52) cog (5) coke (5) cola (4) compilation (61) console games (6) converse (2) cort (45) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) d'addario (29) dalat (18) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (25) davis (3) daw pick (1) db music (13) dead eye guitars (89) dean (26) dean markley (3) def leppard (1) denner/shermann (2) digipak (36) digitech (20) dimarzio (32) dio (4) dismal euphony (2) dm25/12 (3) dn520k (2) do the dew (3) dokken (5) dr j (2) dr strings (14) dr1432h (20) dragonforce (2) dream theater (13) drinho (3) drums (18) dutch lady (1) dvd (65) earth hour (14) ebay (225) ec-256 (25) eden (1) edwards (1) ehem (38) eksperimen (82) electro-harmonix (23) elixir (3) ella (6) elyana (4) emg (14) emo (186) energy drinks (29) entwistle (6) environment (38) epiphone (93) erectus (5) ernie ball (14) esp/ltd (139) estock (71) evanescence (1) evh (1) f-54 (8) f&n (12) fallout (13) family (39) fear factory (3) fender (15) filler entry (47) first aid (1) fishman (2) flashback friday (10) floor jansen (9) fontana (9) foo fighters (17) footwear (1) fotografi (30) fund-snatcher (13) gamer mode activated (23) gapnap (3) gartb20 (11) gary moore (2) gas (121) gator (10) gax010ltd (9) ghs (17) gibson (14) gig (75) gigrig (9) gitar kopak (1) gnr (1) goblinz (9) gotoh (4) green tea (15) grg270 (25) gruv gear (1) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (12) guitar collection (8) guitar parts (52) guitar service (23) guitar talk (64) guitar/bass (641) hammerfall (14) hartke (28) hashtag (3) hbk (1) headphone (6) headstock story (25) hennessey (7) hepi;) (56) herbal tea (5) hillsburg (2) historical (15) hootie (4) hotchix (34) hotel/resort (26) ibanez (181) icb200ex (14) iced earth (8) icon (24) imago (66) imitation (3) in flames (2) instagram (11) inverno (8) iron maiden (134) irt-pulse (1) isu semasa (230) j5 (10) jackson (32) jamming (123) jamtank (24) jepak (9) jim dunlop (54) joe satriani (12) jotb (13) joyo (17) jr (6) js music (3) js32t kelly (8) judas priest (2) kakis store (4) kamelot (18) karisma (4) kaset (32) kawan (262) kazanna (1) kempen (35) kerja (73) kerly (2) kesihatan (37) keychain (9) kherow (4) kiko loureiro (8) kikosp (7) king diamond (19) kkdn (6) koleksi (286) konsert (84) kopi (20) korg (50) kota kinabalu (14) kramer (1) kuala lumpur (29) kuala penyu (1) kuching (3) kucing (5) kustom (3) laney (18) larrong (1) lawas (3) lazada (14) lefthanded (5) lemon tea (11) letgo (38) lil (31) limbang (5) limited edition (14) line 6 (40) linkin park (2) lipton (1) live album (20) loudness (1) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) m nasir (2) m-103fm (76) m-50fr (4) maiden tribute (28) majestica (4) makan/minum (335) malaysia edition (2) malex (1) manggas (24) manowar (16) marco hietala (20) marigold (1) marshall (18) martial arts (3) martin/darco (9) masjid (2) masterjam (2) masterplan (11) mastodon (6) may (6) mayones (1) mcdonald's (10) medeli (12) megadeth (54) melaka (13) membakut (42) memori (305) mercyful fate (11) metallica (73) michael kelly (1) microphone (6) mini entry (52) miri (16) misfits (1) modtone (7) moen (11) mono (2) moody monday (11) motorhead (9) movie (48) mr diy (2) mrs (57) mug (2) mukah (19) mup (105) music bliss (7) music master (41) music nomad (1) muuv (52) mxr (9) my music (8) nanasmania (25) naruto (1) nat-geo (4) nestle (23) new album (27) new gear (164) newsted (3) nightwish (16) ninetology (2) nirvana (13) nita strauss (5) nonsense (63) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (15) notice (24) of string (17) oishi (5) oktoberfest (8) one piece (13) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (33) osg2012 (4) ozzy osbourne (10) pandora mini (11) panik (12) pantai (5) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (48) pc stuff (28) pc talk (13) pdap (2) peavey (22) pedal/stompbox (278) pedaltrain (14) pemuzika (3) penang (33) pepatung (4) peristiwa (37) petaling jaya (15) phones (12) pic of the day (51) pick (53) pickup swap (40) pickups (105) planet waves (9) playstation (8) pm2011 (18) pocky (2) pod hd300 (13) pod x3 (17) pokka (12) popomania (6) post-apocalypse (13) pqot (4) preamp (6) prequel (5) promo disc (5) prs (2) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (4) radin music (41) radio (4) rajinikanth (3) ramadhan special (61) ramli sarip (2) randall (4) rare (94) ratm (2) reco (24) recording (12) reg studio (8) restring therapy (48) revamp (2) rex (1) rg331m (3) rg350m (14) rhoma irama (3) ribena (4) ritter (1) rock at large (22) rocktoberfest (1) rocktron (6) roland (16) rotosound (5) roxette (1) roy z (7) rp360 (6) sabahan (18) samson (4) samsung (5) sandman guitar (6) saxbys (4) schecter (2) search (15) seymour duncan (22) sibu (6) sick puppies (6) signboard (12) silica gel (5) silvia (7) singapore (47) single/ep (5) sipitang (1) sit (3) skull strings (2) snark (9) so-cal (49) sonata arctica (3) sony (22) soundcloud (7) soya (5) spear (2) speedy (30) squier (19) sr300 (24) stagg (12) star wars (10) stewmac (3) sticker (6) strap (12) strings (87) strings by mail (2) sudirman (3) sukan (17) sundrop (2) sungai (11) super album (91) superlux (3) sv guitars (2) swee lee (2) switchcraft (3) sx (10) t-shirt (34) takamine (5) takstar (3) tamil (11) tanglewood (9) tarot (15) tech21 (1) telecaster (11) telepathic tuesday (2) tesla (32) the cranberries (2) the guitar addict (30) the iron maidens (2) thomas zwijsen (4) throwback thursday (7) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (8) tonelab ex (2) tools (10) top 5 (3) tour de brunei (42) trade (19) transformers (4) travel (119) tribute (40) trivium (5) tsb6 (6) tuner (30) tv (31) ugly kid joe (3) usm (1) vantage (4) vcd (5) velvet (2) victoria (12) vintage (7) vmntx (19) vox (69) warwick (11) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (4) when wife cooks (9) wilkinson (1) wings (27) wireless (3) wonda (3) wordless wednesday (239) wrestling (8) ww2 (6) x-11 (33) xpdc (5) yamaha (4) yeos (5) yNot (21) yogurt (7) yolo (4) yustech (1) z-studio (15) zachary hietala (13) zoom (104) zoso music (9)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger