Seperti yang dirancang, gitar Tofu (GrassRoots Horizon-III G-HR3-68) dipasangkan dengan set Lace Alumitone/Deathbucker. Jika tidak dipasang pada mana-mana gitar aku, set Lace ini pasti akan terperap selamanya dalam simpanan.
Tidak seperti pikap jenama lain dalam simpanan, agak keberatan untuk aku mendagangkan semula set Lace ini, kerana ia diperolehi terus daripada website Lace Music penghujung musim PKP dulu. Setahu aku tiada pengedar jenama Lace di Malaysia.
Satu yang aku tak suka pasal pikap Lace ini ialah wayar-wayarnya berasingan yang berpintal, amat menjengkelkan untuk dikemaskan. Masih nampak berserabut pada mata aku yang OCD ini walaupun sudah diikat dengan cable tie untuk meneruskan legasi YusTech.
Dibelanja dengan set tali baharu Rotosound Roto Yellows R10 (10-46) dan ditala D-standard. Dalam kesempatan yang ada, dilekatkan juga dengan waterslide decal berlogo "ESP" supaya headstock tak nampak kosong. Ya, ia tetap sebuah GrassRoots dan tak akan menjadi sebuah ESP.
Pikap-pikap Seymour Duncan sebelum ini JB kontot sudahpun dilepaskan, manakala Jazz akan dipasang pada gitar lain.
_____
AADI: Bila nak beraksi lagi?







0 comments
Post a Comment