Ini kali kedua abang long Goldie dipasangkan dengan pikap jenama Seymour Duncan, tahun 2018 pernah dipasangkan dengan set Sentient/Pegasus. Dan secara rasminya *kali ke-20 bertukar pikap dalam 15 tahun usianya dalam axology aku.
Kali ini dipasangkan dengan gandingan model Jazz (SH-2) dan Distortion (SH-6N). Walaupun model Distortion tersebut adalah model untuk, tapi dengan DCR sekitar 12.71k, ia juga sesuai untuk kedudukan bridge jika dipadankan dengan Jazz yang DCR rendah sekitar 7.37k, selepas dikeluarkan daripada Tofu dalam entri minggu lepas.
Menggunakan amPlug2 Metal terus ke headphone HD-330 sebagai platform ujian, aku perasan frekuensi mid untuk set Jazz/Distortion ini agak ketara tinggi, set Evolution/Tone Zone pada Candy sebagai benchmark. Selebihnya tak payah temberanglah...
Bila sudah dicuci dengan produk Jim Dunlop, kemasan emas nampak kontras dengan pikap hitam, nampak lebih "ganas". Teringin pula nak bawa abang long Goldie ni beraksi, kali terakhir dibawa jamming Ogos 2024. Tu yang selalu Mrs. Ijau sindir, dalam banyak-banyak gitar, gitar lama (Goldie, Candy) juga yang selalu dimain.
_____
AADI: *#1, #2, #3, #4, #5, #6, #7, #8, #9, #10, #11, #12, #13, #14, #15, #16, #17, #18 dan #19.







0 comments
Post a Comment