Menerima bungkusan daripada eBay seller
pickupsplus beralamat dari UK semalam, dan pastinya ia berisi pikap gitar dan bukannya CD audio.
Sebenarnya ini merupakan bungkusan gantian, kerana bungkusan asal tidak sampai-sampai sehingga kini sejak dibeli dan dihantar awal bulan April lepas, dan ia dianggap hilang semasa transit
dan berakhir di Lautan Hindi.
Jika benar ia hilang, maka ini merupakan kes kehilangan yang
pertama sejak aku terjerumus dalam eBayholic
awal 2009 dulu. Kalau kes barang lambat sampai tu lain cerita...
Tapi tak mengapa (parap-parap), pickupsplus merupakan seller yang bertanggungjawab (atau mungkin undang-undang kepenggunaan di UK yang ketat). Setelah bekerjasama, sabar menanti lebih daripada dua bulan dan berbalas emel, akhirnya seller mengambil keputusan untuk menggantikannya walaupun terpaksa menanggung kerugian (juga mungkin disebabkan T&C eBay/Paypal yang melindungi pengguna).
Dan kali ini seller menghantarnya menggunakan opsyen "International Tracked & Signed" untuk mengurangkan risiko kehilangan barang semasa transit. Menariknya, ia sampai dalam masa seminggu sahaja.
Ok kembali kepada bungkusan, ia berisi seunit pikap Entwistle
X3 dan dua unit bobbin (cover) hitam untuk pikap Entwistle
XS 62N untuk menggantikan bobbin putih (kosmetik) pikap-pikap XS 62N dalam
stok peribadi (projek akan datang).
Pada mulanya aku ingin mencuba model
Dark Star yang beroutput tinggi, tapi akhirnya memilih model X3 yang lebih dinamik (katanya) untuk dipasang bersama-sama sepasang XS 62N pada
Mirage (LTD M-103FM) jika ada kelapangan kelak. Gandingan "putih"
XS 62N bersama Tesla Plasma-7 sebelum agak kurang mojo, hahaha...
Dengan empat wayar (4-wire leads), sesuai untuk pendawaian opsyen seperti coil split atau series/parallel menggunakan push/pull pot atau suis DPDT.
Pikap Entwistle merupakan pikap yang berkualiti pada harga yang rendah, model X3 ni harganya £16.75 (RM95.39) lebih murah daripada pikap jenama Tesla (RM175-225 per humbucker), apatah lagi jika dibandingkan dengan jenama-jenama besar seperti DiMarzio dan Seymour Duncan (RM300+ per humbucker). Jika aku ada gitar lain (sendiri atau rakan-rakan) untuk dieksperimenkan, mungkin aku akan order lagi pikap Entwistle model lain.
Dengar-dengar
Brado Guitars ada jual pikap Entwistle, mungkin akan cuba dirisik...
_____
Ada apa: Dah masuk bulan Julai, dah pertengahan tahun, sekejap saja rasanya...