Diperolehi daripada Dead Eye Guitars (katanya stok peribadi) dengan berbekalkan dana-dana yang
Set GE1996T ni merupakan opsyen penyelesaian yang paling optimum (kualiti per harga) berbanding Floyd Rose Original (FRO) yang harganya hampir tiga kali ganda.
Kemasan emas dipilih supaya serasi dengan locking nut Gotoh GHL-2-G yang telah dipasang tahun lepas. Lagipun kemasan emas nampak menyerlah pada gitar hitam.
Didatangkan standard dengan blok sustain loyang (brass) berukuran 40 mm panjang, sememangnya agak panjang untuk ruangan spring di belakang Mirage, kalau blok 33 atau 36 mm memang sesuai. Tapi tak mengapa (parap-parap), akan diselesaikan kemudian.
Seperti biasa, akan ada sedikit pembelian sampingan dan hadiah percuma. Suis mini DPDT 2-arah DiMarzio (EP1106) ni untuk projek seterusnya. Manakala dua keping pick Jim Dunlop Stubby sebagai pemberian mutual.
Bersambung...
_____
Ada apa: Belum ada masa untuk dipasang pada Mirage.
0 comments
Post a Comment