Masalah utama yang ada pada sistem Floyd Rose Special (FRS) ialah material yang digunakan tidak tahan lama (contohnya kes #1, kes #2, kes #3 dan kes #4) kerana menggunakan aloi zink berbanding keluli yang terdapat pada Floyd Rose Original (FRO).
Tapi dari segi kestabilan talaan (tuning stability) FRS, ia tidak berbeza daripada FRO kerana rekabentuknya yang sama. Jika ada yang kata FRS tak stabil, pastinya yang berkata gagal untuk mengguna/menyelenggara FRS dengan betul.
Exit FRS, enter GE1996T. |
Kalau dah biasa buka pasang FRS, GE1996T ni memang senang dipasang, ia cukup-cukup muat dalam routing/kaviti asal FRS pada Mirage. Tetapi atas kekangan perkakasan (tak ada drill), stud-bolt Gotoh tidak dapat digunakan, lubang baru perlu ditebuk kerana diameternya lebih besar daripada diameter FRS.
Begitu juga dengan spring serta pemegangnya (spring claw), aku masih menggunakan spring dan claw asal FRS. Spring Gotoh agak keras (tegap) dan pendek, manakala jarak skru pada claw lebih lebar, perlu ditebuk lubang baru (juga, atas kekangan perkakasan).
Satu daripada inovasi Gotoh berbanding FRS, spring dikunci pada blok brass dengan skru, fungsinya supaya spring tidak terlepas jika tremolo dimainkan dengan ganas. Inovasi sebegini juga ada pada tremolo varian Edge Ibanez.
Blok brass 40 mm sebegini agak panjang berbanding ketebalan badan gitar, ia akan terkena dengan penutup ruang spring. Penyelesaian mahal, beli blok brass 33 atau 36 mm. Penyelesaian murah, tak payah tutup...
Tahun lepas berjaya memperolehi locking nut Gotoh GHL-2-G pada harga tersenyum. Sekarang kedua-duanya ia sudah sepadan berwarna emas.
Sememangnya warna emas begitu menonjol pada gitar hitam, lepas ni nak cuba cari tombol warna emas yang murah di eBay.
Perbezaan ketara selepas diganti dengan GE1996T?
- Pastinya lebih yakin untuk untuk bending sampai 2-3 semitone, yakin tali gitar tidak akan terlepas daripada cengkaman saddle. Teknik tremolo lain aku bukannya reti, kalau setakat dive-bomb bolehlah.
- Bunyi akustik (main tanpa amp) terasa lebih nyaring, mungkin disebabkan blok brass yang besar/panjang.
- Lebih senang ditala kerana talaan halus (fine tuning) pada hujung tremolo amat sensitif.
_____
Ada apa: Stay away from FRS-equipped guitars...
0 comments
Post a Comment