Ini merupakan kali ketiga Goldie mengalami modifikasi pikap selepas Tesla Plasma-2 gold set dan DiMarzio Classic Rock set (PAF 36th Anniversary + Super Distortion).
Classic Rock set sebelum ini memang serasi dengan Les Paul, lebih-lebih lagi jika dimainkan terus kepada amp tanpa sebarang efek pedal (contohnya Marshall MG102DFX). Jadi, kenapa tukar? Because I can...
Masih mengekalkan pendawaian asal Epiphone dengan push/pull pots untuk dual sound (series-parallel) dan Mallory caps walaupun aku ada beberapa biji Sprague Orange Drop caps dalam stok.
Yang pasti, walaupun dipasang dengan Petrucci set, ia tidak akan membuatkan anda otomatik menjadi hebat seperti John Petrucci, percayalah! Lebih-lebih lagi macam aku ni yang masih lagi main "patuk ayam" hahahaha...
Kalau tak serasi pun apa susah, pasang balik Classic Rock set, because I can too...
_____
Ada apa: Masih ada Air Norton dan Super 3 dalam stok.
1 comment
Metropolis part 2..
Post a Comment