Cuti raya beberapa hari kami sekeluarga hanya balik ke kampung Mrs. Ijau, Kampung Tanam, Dalat. Kalau diikutkan seumur hidupku, ini merupakan kali *kedua aku beraya "di perantauan".
Sekadar gambar hiasan. |
Solat Aidilfitri pula di Masjid Darul An-Nur, Kampung Balan (kampung bersebelahan) bersama birasku (si pengemudi sampan dalam gambar di atas tadi) yang juga merupakan orang Kampung Balan.
Google Street View (cilok idea Muspeed dan Berteromber).
Walau bagaimanapun, ini Borneo, soal agama bukan penghalang untuk ikatan kekeluargaan. Semua sporting, raya ke, krismas ke, tak ada masalah nak sambut bersama.
Entri Mini: Raya Di Perantauan (Flashback Friday Version)
*Kali pertama beraya "di perantauan" ialah pada tahun 1998 ketika menuntut tahun pertama di USM (Dip. Lab Tech batch 1997-2000). Nak balik raya mana ada duit nak beli tiket kapal terbang. Waktu tu Air Asia tambang murah belum ada (zaman logo biru), nak balik naik MAS kurang-kurang kena ada RM1k+ untuk tiket ulang-alik PEN-KUL-BKI.
Akhirnya diajak oleh boss (tempat aku kerja sambilan) untuk balik beraya di kampungnya di Raub, Pahang (dah lupa nama kampung). Serius, ini merupakan pengalaman raya yang paling tak best setakat ini. Mana taknya, boss aku tu dari pagi sampai malam tak ada di rumah, keluar sorang-sorang, tinggalkan aku di rumah lepak dengan ayahnya jaga ayam itik. Kalaulah aku tau jadi macam ni, aku lebih rela beraya di Desa Fajar.
Desa Fajar yang KLMJ (sumber imej). |
_____
Ada apa: 17/7/2015 yang lepas juga ulangtahun pertama tragedi MH17, al-fatihah...
4 komen:
lambat tido malam ni bro.selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin.macam aku jugak raya ni pun tak kemana duduk di rumah je,raya kedua balik kampung di Segamat,nak jumpa kawan2,semuanya dah berkeluarga dan ada yang tak balik beraya di kampung..anak2 sedara ajak tengok 'Antman' pun,tak dapat tengok pasal tiket sold out..hehe
Untung kau Ijau dapat merasa kemanisan kehidupan berbilang kaum berbilang agama.
Sometimes aku heran sesetengah pemikiran melayu yang dilahirkan Islam yang fikir mereka superior dalam segala benda berbanding lain.
Its incredible how some Malay Muslims think and worst speak it out.
Islam is rahmat untuk seluruh alam, dan Islam is everywhere. Every single where.
Suka baca komen bro Deaf. U r the best bro hahaha
Tak pernah merasa beraya di perantauan. Kawin dengan yang sama daerah dan menetap pun di daerah yang sama...so memang tak pernah ada masalah bab nak balik kampung. Cuma anak la selalu komplen...time raya memang takder feel balik kampung...pasal rumah atuk2nya dekat dan tiap2 minggu pun dah balik kampung..
Post a Comment