Metallica Singapore? (Part 5)


Metallica dah buat pengumuman nak main di Singapore Indoor Stadium bersempena tour album terbaru mereka.

Klik cerita lama.
Tapi kalau tengok jadual tour (setakat entri ini ditaip), antara Singapore 22/1/2017 dan Copenhagen 3/2/2017 ada beza 12 hari, macam-macam boleh berlaku.


Harap pakcik-pakcik ni *TIDAK membuat keputusan untuk singgah Kuala Lumpur lagi seperti tiga tahun lepas.

Selamat... Thank you!~

_____
Ada apa: *Berfikiran negatif sejenak.

Ada Apa Dengan Cheers?


Semenjak dah berkonsol, mood untuk buat entri blog dah berkurangan. Sebenarnya tak ada masa nak mengadap PC di rumah, kah kah kah...


Tapi tak mengapa (parap-parap), dalam draft aku ada beberapa keping gambar minuman yang boleh dibuat modal entri impromptu/ringkas supaya blogroll nampak aktif.

Kali ni buat entri pasal minuman Cheers berperisa krim soda. Rasa krim sodanya agak cair, kurang manis dan kurang lemak, sesuai untuk mereka yang baru berjinak-jinak minum krim soda, jangan terus-terus minum krim soda F&N yang terlalu manis.

Tapi kalau bab krim soda, setakat ni aku paling suka Pokka Gabu Gabu.

_____
Ada apa: Cheers~

Wordless Wednesday: Wood Cat Mural



When you see it...
_____
Ada apa: Sibuk berkonsol, entri pun kurang kencang...

Aku, PlayStation 4 Dan Fallout 4


Akhirnya menarik picu (pulled the trigger?) untuk mendapatkan PS4 versi slim beberapa hari lepas. Diperolehi melalui Lazada, yang menawarkan harga paling murah setakat ini.


Seperti yang dirapu sebelum-sebelum ini, tujuan utama aku berPS4 ni semata-mata nak main Fallout 4. Dan inilah aktiviti nokturnal (kena tunggu anak-anak tidur) aku sepanjang hujung minggu ni.


Proses migrasi daripada PC gamer kepada console gamer sebenarnya merupakan suatu pengalaman yang agak menjengkelkan, lebih-lebih lagi bila main genre FPS. Selama jadi PC gamer memang dah kompenten main FPS dengan keyboard/mouse tapi bila terpaksa guna DualShock, serius terasa kekok. Tapi tak mengapa (parap-parap), lama-lama nanti kompeten la tu...

Maka, satu daripada GAS 2016 sudahpun tercapai.

_____
Ada apa: Nasib baiklah ada VATS.

Ada Apa Dengan Nescafe Tarik?


Baru terjumpa Nescafe tin perisa baru ni - tarik (label coklat) di Bintulu setelah agak lama menunggu (taklah lama mana pun) semenjak iklannya hype di TV.


Walaupun tidak dapat menandingi rasa kopi tarik Wonda, tapi rasa kopinya seakan-akan kopi Alicafe klasik - pekat, tapi agak kurang rasa lemak berkrim.

Tapi kalau nak Nescafe yang rasa lemak berkrim, boleh pilih perisa creamy roast (label merah).

_____
Ada apa: YusTech masih lagi setia dengan perisa asli, kan?

Throwback Thursday: Oktoberfest 2012


Tak terasa dah empat tahun (20/10/2012) peristiwa ni berlalu, Oktoberfest 2012 - La Bistro Cafe, Kemena Hotel Bintulu.


Malam yang paling happening dalam sejarah MUP, membuatkan nama MUP sinonim dengan cover band Iron Maiden Bintulu kerana memainkan setlist Iron Maiden (termasuk satu lagu Bruce Dickinson solo).

Untuk kegunaan arkib.
Selain itu, dapat berkenalan dengan rakan-rakan kugiran nama besar Bintulu seperti Majestica, Ana & The Scene dan The Once yang terdiri daripada rakan-rakan Bintulu Buskers.

Nak rasa trobek throwback, boleh baca entri penuh di sini dan entri bias di sini. Entri versi Molotov Cocktailz pun ada di sini.

_____
Ada apa: Ice cream for me Bintulu, again?

Wordless Wednesday: Cool Piss




_____
Ada apa: Sejukkan kencing anda...

Fallout 4 (PS4) Belanda


Dah hampir setahun game Fallout 4 ini diriliskan (10/11/2015 kata Wiki), barulah tergerak hati untuk memainkannya. Rakan-rakan dan pengikut AADI pastinya tahu yang aku ni peminat siri Fallout dan genre post-apocalypse secara amnya.


Dan setelah hampir 20 tahun menjadi PC gamer, TERpaksa melompat masuk khemah console gamer (platform PS4) disebabkan faktor kos. Ya, kos untuk menaiktaraf PC aku sekarang supaya boleh memainkan Fallout 4 (versi PC) adalah lebih mahal daripada membeli sebuah console PS4.


Disc (Blu-ray) diperolehi daripada Lazada dan merupakan antara unit termurah yang aku jumpa (~RM150), berbanding harga tahun lepas ketika mula dirilis sekitar ~RM250, fuh! Nak murah punya pasal, beli pula versi region 2 (Eropah), lebih spesifik untuk pasaran Belanda (Netherlands). Sebab tu tulisan di belakang kotak dan dalam manual berbahasa Belanda. Tapi mujurlah bahasa dalam game masih asal Inggeris (American).

Kadang-kadang terasa sedikit menyesal sebab tak pilih versi region 3 (Asia Tenggara) yang hanya mahal RM15-20 sahaja.


Selain disc, manual dalam bahasa Belanda dan season pass (iklan game lain keluaran Bethesda), unit ini juga disertakan dengan poster (berlipat) semua "perks" yang ada dalam game Fallout 4. Yang pastinya aku tak akan tampal poster ni.

Tapi sayang, semua keghairahan ni terpaksa ditangguhkan untuk sementara waktu... Sebab (wait for it) aku belum beli lagi console PS4! Kah kah kah!~

_____
Ada apa: Tunggu lagi seminggu kot?

Duncanised Mirage (Part 3)


Memasang pikap Seymour Duncan Invader pada Mirage kali ni hanya mengambil masa 15-20 minit. Dah selalu sangat kot gitar ni bertukar-tukar pikap sebab tu dah semakin kompeten.


Harapnya, inilah kombo pikap terakhir untuk Mirage; Cool Rails, Hot Rails, Invader - all-rounder combo. Akan dipandu-uji pada sessi jamming petang nanti.

_____
Ada apa: Pegasus? Disimpan untuk projek lain.

Ada Apa Dengan Heaven And Earth Iced Lemon Tea?


Iced lemon tea at it's best, in a whooping 1.5 liter packaging!


Heaven & Earth seolah-olah memahami rintihanku yang inginkan teh limau dalam isipadu yang lebih, sebelum ini hanya didatangkan dalam botol 500 ml dan tin 325 ml.

Rasanya? Cukup manis, cukup pekat, tapi rasa lemonnya kurang masam berbanding Drinho.

_____
Ada apa: Oishi pun dah ada botol besar begini.

Wordless Wednesday: Slim



Image source.
_____
Ada apa: GAS yang belum kesampaian.

Penceroboh?


Cerita sedikit pasal pikap jenama Seymour Duncan, model pertama yang aku kenal dan terGAS ialah Invader (SH-8B), mungkin disebabkan penampilan yang ganas berbeza berbanding model lain.


"High output with a huge sound, this unique humbucker has a look and sound like no other pickup. Loud, vicious, and unapologetic." - Hype website Seymour Duncan.


Diperolehi daripada seorang penjual bebas (indie seller) pikap Seymour Duncan di Facebook Jamtank, penjual yang sama tempat aku memperolehi model Pegasus bulan Ogos lepas.


Banyak aku baca pro/con Invader ni, tapi tak mengapa (parap-parap). Akan dipasang pada Mirage (jika ada kelapangan) menggantikan Pegasus yang akan disimpan untuk stok projek akan datang.

_____
Ada apa: Betul-betul khemah Seymour Duncan dah ni.

Moody Monday: Wings Of Silver


Kapten Bruce dan tema aviasi, berpisah tiada...





Cover in D-tuning, yay or nay?

_____
Ada apa: Tiba-tiba teringat bass lama.

Kazanna - The Final Dimension (EP)


Sejujurnya aku tak kenal kumpulan Kazanna walaupun pernah terbaca artikel mengenai mereka dalam majalah Karisma sekitar 2010 kot (nanti aku cari balik). Bergenrekan symphonic metal ala Nightwish, mungkin disebabkan vokalis mereka wanita ketika itu.

Baru-baru ni aku tertarik dengan EP terbaru mereka bertajuk The Final Dimension, yang dilancarkan pada 20/8/2016 yang lepas. Edaran Sony Music.


Dipesan melalui Facebook Kazanna minggu lepas dan berurusan terus dengan bassist mereka Zamir Georgie. Dengan harga RM25 seunit, aku memesan dua unit, seunit ditumpang oleh Azrol yang juga berminat untuk mendengar lagu-lagu kumpulan ni.


Bagi peminat Kamelot seperti aku, sekali tengok logo kumpulan dan gaya seni album sudah pasti Kamelot akan terlintas dalam fikiran.

Sebenarnya aku mula bermnat mengikuti kumpulan ni selepas menonton cover lagu Karma di Youtube. Amat jarang, ya jarang sekali (atau mungkin belum pernah) kita dengar kumpulan tempatan menjadikan Kamelot sebagai inspirasi.


Aku malas nak buat ulasan - tapi untuk kali ni aku cuba buat ulasan ringkas setiap lagu untuk rujukan rakan-rakan bloggers dan peminat Kazanna yang tersengaja melawat entri ni. Aku tak tau sejarah Kazanna, jadi ulasan aku adalah berdasarkan lagu yang aku dengar sahaja.
  1. The Final Dimension (intro) - Intro instrumental, sususan orkestra dan synthesizer acuan gaya muzik Nightwish, Kamelot dan sedikit Blind Guardian.
  2. Angel Of Heaven - Kali pertama dengar lagu ni, fuh muzik dan vibe macam Kamelot era Silverthorn. Muzik macam Kamelot ni bukan selalu orang buat.
  3. Destructive Anger - Intronya seakan-akan March Of Mephisto (The Black Halo) membuatkan anda banging menganggukkan kepala secara otomatik. Riff utamanya pula berlenggok Parsi (Persian wave) membuatkan lagu ni agak eksotik. Solo gitar pun spot-on Thomas Youngblood.
  4. Playground Of Hell - Hah! Tiba-tiba aku teringat lagu Scaretale (Dark Passion Play), kerana ada elemen spooky carnival dalam muzik dan lirik.
  5. Rise - Gubahan intro macam lagu Theater Of Pain (The Forgotten Tales). Lagu yang bersemangat. Hmmm... Kat mana aku dengar drumbeat dance "dub dub" macam ni? Oh ya, lagu Wish I Had An Angel (Once), mood pula seperti mendengar lagu rock 80an Gary Moore.
  6. My Last Tomorrow - Jika disuruh pilih lagu paling hebat dalam rilisan ni, aku pilih lagu ni. Ia didendangkan dengan penuh emosi. dengan vibe ala lagu Millennium (The Expedition). Kadang-kadang bab spoken words macam suara Matt Barlow (Iced Earth) atau Fernando Ribeiro (Moonspell) hahaha...


  7. Love Sophistry (Feat. Feeza Zulkarnine) - Straight forward Nightwish era Turunen, dengan vokal suprano gitu. Mungkinkah ini lagu lama mereka yang tak sempat dirakam sebelum ini, akupun tak tau... Sebab aku tak rujuk lagu-lagu lama mereka.

Kesimpulan
  1. Vokal mendayu-dayu ala Roy Khan dan Tommy Karevik, tapi dengan julat vokal yang lebih baritone ala Matt Heafy (Silence In The Snow).
  2. Semua lagu adalah dalam bahasa Inggeris tapi sebutan vokalis langsung tak ada pelat Manglish, sesuai untuk pasaran antarabangsa.
  3. Susunan orkestra dan synthesizer yang mantap, digabungkan dengan riff gitar yang berat, bam! Spot-on symphonic metal.
  4. Mixing yang bersih dan produksi yang setaraf dengan artis/kumpulan bernama besar.
  5. Inlay agak tebal, ada lirik, info-info penting serta gambar ahli kumpulan, jauh lebih bagus berbanding kebanyakkan inlay album rilisan semula yang menjadi trend semasa.
  6. Jika anda minat Kamelot atau genre symphonic metal secara amnya, sila dapatkan EP ni. RM25 sahaja, pasti akan puas hati.
Maaflah sebab ulasan aku menggunakan Nightwish dan Kamelot sebagai perbandingan utama. Bukan tujuan aku ingin membanding-bandingkan Kazanna dengan kedua-dua kumpulan antarabangsa tu, tetapi supaya bakal pendengar dapat menjangkakan apa yang bakal mereka dengar. No such things as copycats, only inspirational and good music that counts.

_____
Ada apa: Boleh MUP cover satu lagu?

Wordless Wednesday: Green Kawasaki



4th generation.
_____
Ada apa: Ninja.

Kanister Warisan 125 Tahun Shell Malaysia


Ah, aku suka bila Shell buat promo, lebih-lebih lagi yang melibatkan barangan design retro. Kali ni dengan kanister (tin) warisan edisi terhad yang dilancarkan bersempena ulang tahun ke-125 Shell Malaysia.


Diperolehi dengan harga RM12.90 dengan setiap pembelian minimum RM40 produk Shell terpilih. Ada lagi beberapa design kedai Shell retro yang menarik mengikut dekad, akan berubah design setiap minggu. Yang diperolehi kali ni merupakan design 1920an (18-24/9/2016). Design seterusnya boleh jenguk di website Shell Malaysia.

Oh ya, juga disertakan dengan fridge magnet berlogo Shell pada era tersebut.

_____
Ada apa: Isi di Shell sebab BonusLink, selebihnya lari ke Petronas.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Netbook/Tablet Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (5) 1h1e1m (30) 1malaysia (5) 36 studio (31) 57 goldtop (67) 58 explorer (10) ac/dc (6) adiwira (12) adrian smith (14) after forever (6) alice (11) amazika (2) amcorp mall (11) amplifier (121) amplug (4) andy james (2) angker (2) anime (49) anniversary (63) art200 (3) artis tempatan (117) ashportal (3) ashton (5) asialink (4) ats (14) avril lavigne (3) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (6) badges/patches (8) bag/case (53) bara studio (3) barbican (4) bass talk (28) bbw2013 (6) bc rich (7) beaufort (12) behringer (44) belajar gitar (11) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (11) bill lawrence (7) bintulu (245) bintulu buskers (5) black sabbath (1) blackstar (18) blades (2) blaze bayley (21) blind guardian (20) blogging blues (43) blu-ray (2) bmf2013 (8) bon jovi (4) boss (45) botb (17) bottlecapt (3) brado guitars (1) braingell radio (13) brr2013 (16) bruce dickinson (21) buku/majalah (48) bumi putra rockers (3) bundaberg (13) cable (23) canon (2) ccr (1) charvel (50) children of bodom (18) ck music (52) cog (5) coke (5) cola (4) compilation (59) console games (5) converse (2) cort (45) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) d'addario (25) dalat (17) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (25) davis (3) daw pick (1) db music (13) dead eye guitars (88) dean (26) dean markley (3) def leppard (1) digipak (30) digitech (19) dimarzio (29) dio (4) dismal euphony (2) dm25/12 (3) dn520k (2) do the dew (3) dokken (5) dr strings (14) dr1432h (20) dream theater (13) drinho (3) drums (18) dutch lady (1) dvd (62) earth hour (14) ebay (225) ec-256 (24) eden (1) edwards (1) ehem (38) eksperimen (75) electro-harmonix (23) elixir (3) ella (6) elyana (4) emg (12) emo (183) energy drinks (27) entwistle (6) environment (38) epiphone (89) erectus (5) ernie ball (14) esp/ltd (132) estock (71) evanescence (1) evh (1) f-54 (8) f&n (12) fallout (12) family (38) fear factory (3) fender (15) filler entry (47) first aid (1) fishman (2) flashback friday (8) floor jansen (9) fontana (9) foo fighters (14) footwear (1) fotografi (30) fund-snatcher (13) gamer mode activated (23) gartb20 (11) gary moore (2) gas (120) gator (9) gax010ltd (9) ghs (17) gibson (14) gig (71) gigrig (7) gitar kopak (1) gnr (1) goblinz (9) gotoh (4) green tea (14) grg270 (25) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (12) guitar collection (8) guitar parts (47) guitar talk (64) guitar/bass (620) hammerfall (12) hartke (28) hashtag (3) hbk (1) headphone (5) headstock story (25) hennessey (7) hepi;) (54) herbal tea (4) hillsburg (2) historical (15) hootie (4) hotchix (34) hotel/resort (25) ibanez (178) icb200ex (14) iced earth (8) icon (24) imago (66) imitation (3) in flames (2) instagram (11) inverno (4) iron maiden (133) irt-pulse (1) isu semasa (227) j5 (2) jackson (31) jamming (121) jamtank (21) jim dunlop (50) joe satriani (10) jotb (13) joyo (17) jr (5) js music (3) js32t kelly (8) judas priest (1) kamelot (18) karisma (4) kaset (31) kawan (255) kazanna (1) kempen (34) kerja (72) kerly (2) kesihatan (35) keychain (8) kherow (4) kiko loureiro (8) kikosp (5) king diamond (17) kkdn (6) koleksi (279) konsert (82) kopi (17) korg (50) kota kinabalu (14) kramer (1) kuala lumpur (28) kuala penyu (1) kuching (3) kucing (5) kustom (3) laney (15) lawas (3) lazada (10) lefthanded (5) lemon tea (11) letgo (36) lil (26) limbang (5) limited edition (12) line 6 (37) linkin park (2) lipton (1) live album (20) loudness (1) lowyat.net (16) lpg-reg (6) m nasir (2) m-103fm (74) maiden tribute (28) majestica (4) makan/minum (322) malaysia edition (2) malex (1) manggas (24) manowar (16) marco hietala (20) marigold (1) marshall (18) martial arts (3) martin/darco (9) masjid (2) masterjam (2) masterplan (10) mastodon (6) may (6) mayones (1) mcdonald's (10) medeli (12) megadeth (53) melaka (11) membakut (42) memori (298) mercyful fate (10) metallica (70) michael kelly (1) microphone (6) mini entry (50) miri (16) misfits (1) modtone (7) moen (11) moody monday (9) motorhead (9) movie (48) mrs (56) mug (2) mukah (19) mup (100) music bliss (6) music master (40) music nomad (1) muuv (52) mxr (8) my music (8) nanasmania (25) nat-geo (4) nestle (18) new album (27) new gear (156) newsted (1) nightwish (16) ninetology (2) nirvana (13) nita strauss (5) nonsense (61) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (15) notice (23) of string (17) oishi (5) oktoberfest (7) one piece (13) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (33) osg2012 (4) ozzy osbourne (9) pandora mini (11) panik (12) pantai (5) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (46) pc stuff (27) pc talk (12) pdap (2) peavey (21) pedal/stompbox (268) pedaltrain (13) penang (32) pepatung (4) peristiwa (37) petaling jaya (15) phones (11) pic of the day (48) pick (50) pickups (95) planet waves (7) playstation (7) pm2011 (18) pod hd300 (12) pod x3 (17) pokka (12) popomania (6) post-apocalypse (12) pqot (4) preamp (5) prequel (5) promo disc (5) prs (2) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (4) radin music (38) radio (4) rajinikanth (3) ramadhan special (61) ramli sarip (2) randall (4) rare (89) ratm (1) reco (24) recording (12) reg studio (8) restring therapy (43) revamp (2) rg331m (2) rg350m (14) rhoma irama (3) ribena (4) rock at large (12) rocktron (6) roland (16) rotosound (5) roxette (1) roy z (7) rp360 (5) sabahan (18) samson (4) samsung (5) sandman guitar (6) saxbys (3) schecter (2) search (15) seymour duncan (18) sibu (6) sick puppies (6) signboard (12) silica gel (5) silvia (6) singapore (47) single/ep (5) sipitang (1) sit (2) snark (9) so-cal (47) sonata arctica (3) sony (22) soundcloud (7) soya (5) spear (2) speedy (30) squier (10) sr300 (24) stagg (12) star wars (10) stewmac (2) sticker (6) strap (10) strings (84) strings by mail (2) sudirman (3) sukan (15) sundrop (2) sungai (10) super album (89) superlux (2) sv guitars (2) swee lee (2) switchcraft (3) sx (10) t-shirt (33) takamine (5) takstar (2) tamil (11) tanglewood (9) tarot (15) tech21 (1) telecaster (7) telepathic tuesday (2) tesla (32) the cranberries (2) the guitar addict (30) the iron maidens (2) thomas zwijsen (3) throwback thursday (7) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (8) tonelab ex (2) tools (6) top 5 (3) tour de brunei (42) trade (17) transformers (4) travel (119) tribute (40) trivium (5) tsb6 (6) tuner (30) tv (30) ugly kid joe (3) usm (1) vantage (4) vcd (5) velvet (2) victoria (12) vintage (7) vmntx (19) vox (66) warwick (11) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (4) when wife cooks (9) wilkinson (1) wings (27) wireless (2) wonda (2) wordless wednesday (222) wrestling (8) ww2 (6) x-11 (33) xpdc (5) yamaha (4) yeos (4) yNot (21) yogurt (6) yolo (4) yustech (1) z-studio (15) zachary hietala (13) zoom (99) zoso music (9)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger