Sepanjang cuti kat kampung ni, rasa-rasanya dah tiga empat kali aku lunch makan ambuyat... bukan selalu dapat makan benda ni kecuali aku balik kampung atau parents aku datang Bintulu (sebab aku tak reti nak prepare, dulu waktu kat USM aku pernah try tapi 60-75% je menjadi).
Yup, of course kat Sarawak pun ada benda ni cuma namanya lain - linut, dan cara penyediaan, cicah dan cara memakannya mungkin berlainan mengikut suku kaum atau etnik. (hehehe nasib baik *ehem-ehem* aku pun etnik Sarawak yang pandai makan ambuyat/linut). Tapi aku suka dengan cara aku sendiri... Ambuyat cicah dengan kari ayam (lagi pekat kari lagi bagus), feberet dari aku kecik lagi.
Mengikut cerita orang tua-tua kat kampung aku, waktu zaman Jepun dulu ambuyat ni la yang menyelamatkan orang-orang kampung daripada kebuluran (beras semua Jepun dah tapau, kalau makan ubi kayu silap-silap malam nanti sakit perut). Cuma kelemahan kalau makan ambuyat ni (mengikut pengalaman aku la) kenyangnya cuma sekejap saja... Kalau makan pukul 12 tengahari, nanti dalam pukul 3 petang dah terasa lapar. Sebab kandungan ambuyat ni banyak air dan cepat dihadam oleh perut... Sapa-sapa yang nak berdiet tapi masih mau makan sekenyang-kenyangnya, makanlah ambuyat!
So, geng-geng bloggers di luar sana, kalau ada kesempatan berkunjung ke Sabah atau Sarawak jangan lepaskan peluang untuk menikmati juadah eksotik ni. Pastinya ia merupakan pengalaman yang sukar untuk dilupakan
Untuk bacaan lanjut boleh layari blog ni atau blog ni. Atau google je 'ambuyat' atau 'linut' (tak pernah check kat Wiki ada ke tak)
Aku sebenarnya waktu cuti kat kampung ni banyak masa dan idea untuk buat entry blog, tapi disebabkan line Celcom Broadband kat kampung aku ni cuma boleh akses tahap EDGE sahaja (tu pun kadang-kadang tak stabil, kejap-kejap hilang line) jadi faham-faham sajalah.
_____
P/S: Lepas ni siap-siap nak tengok band Manggas praktis kat BRC
5 komen:
nak makan dia macam cicah roti dengan kari ka?
macam best!
nak rasa !
apa bahan2 membuatnya ni?
muspeed:
ambuyat ni tawar hmpr tadak rasa... nak mkn kena gulung kemas2 guna candas (sepit) sbb ia kental mcm gam, celup dlm cicah then telan terus! cicah tu ikut selera individu la, bapak aku suka air rebusan ikan campur tempoyak atau buah bambangan + cili padi. aku simple je cicah dlm kari ayam
portdy:
pi try dgn tepung kanji dulu... klu dpt telan hehehe
berteromber:
nak membuatnya senang je, ambulung (tepung kanji drp sagu rumbia) dicairkan then dituang dgn air panas mendidih dan dikacau sehingga kental... voila!
ni kat brunei pun popular ye
Post a Comment