03/01/2010 - Pagi-pagi online Facebook secara impromptu Mr. Chell (Benonian) ajak pi KK tengok muvi (sebenarnya aku yang ajak) kat Growball Cinemax, Centre Point...
Dalam perancangan nak tengok cerita Sherlock Holmes tapi tadak show pagi, lagipun pukul 2.00 petang Mr. Chell ada aktiviti lain... Last-last kitorang decided nak tengok Cirque Du Freak: The Vampire's Assistant... Mula-mula dalam minda aku memang dah set mesti cerita ni macam cerita Charlie and the Chocolate Factory sebab aku tak pernah tengok preview muvi ni kat mana-mana atau baca sinopsis kat Internet.
Ternyata sangkaanku jauh meleset, muvi ni memang [truncated...] Yup, pastinya muvi ni akan ada sequel, cuma sayangnya Ken Watanabe (watak Mr. Tall) tak banyak beraksi dalam muvi ni.
Imej link daripada Wikipedia
Sebelum layan muvi, pekena breakfast dulu... thanks Mr. Chell sebab belanja breakfast dan tiket muvi. Patutnya b'day boy man yang belanja :) Selepas tengok muvi... masing-masing membawa haluan yang berlainan.
Aku kalau jumpa Speedy Video atau Speedy Home Entertainment memang tak pernah lepaskan peluang masuk sambil browse CD audio, nasib baik kat dalam ni tadak CD yang aku berkenan. Better aku cari kat Goblinz atau Halloween kat KK Plaza.
Halloween dan Goblinz, deretan dua premis berkonsepkan rock/metal kat KK Plaza ni yang memang tak pernah sunyi dari kunjungan muda-mudi. Aku selalu beli CD audio dan iron-on patches je kat sini... tapi aku lagi suka Goblinz sebab taukenya friendly dan "jauhari yang mengenal manikam" sebab kalau dia tengok muka aku memang dia dapat tau aku suka heavy metal dan 80's rock dan bukannya macam budak-budak lain yang masuk (mostly punkish dan emorock). So, apa yang aku beli kat Goblinz ni? Check-out pic last...
Hollywood Music, antara premis yang wajib aku singgah kalau aku pi KK Plaza (atau kat Kompleks Karamunsing). Window shopping tengok-tengok harga gitar dan equipment yang memang mahal gila! Harga gitar mark-up sampai RM200-500! Malaslah aku nak cerita... Aku cuma beli set guitar string brand Alice (.009-.042) dengan harga RM14 untuk restring Mephisto aku, rasa sayang nak restring guna string D'Addario.
Dan aku rasa bernasib baik sebab mengenali Mr. Amizan of CK Music, Tom Satchman of Satchman Enterprise, Engbok of yNot Studio dan Calvin of Dead Eye Guitars. Daripada mereka ni aku boleh dapat instrument/equipment dengan harga yang jauh lebih murah.
Tapau McD (makan sorang), set prosperity burger (since 2001 tiap-tiap tahun tak pernah miss prosperity burger) dan set doublecheese burger.
Waktu singgah kat Giant Putatan aku terserempak dengan budak ni, t-shirt Megadeth ooo! Yang sorang tu aku tak berapa pasti t-shirt apa... Abangnya pulak (tak sempat aku snap) pakai t-shirt Iron Maiden! Pergh! Memang parents budak-budak ni metal abis...
Items yang aku beli kat Goblinz - CD Iron Maiden - Piece Of Mind, Manowar - Warriors Of The World (versi Asialink), iron-on patch Megadeth dan button COB (nak bagi genap RM65). Bertambah lagi koleksi CD Iron Maiden aku... Nanti ada masa aku buat entry lain.
Sebenarnya aku membawa diri jalan-jalan sempena b'day aku (btw, aku tak pernah celebrate b'day aku seperti orang-orang lain, sebab tu waktu b'day biasanya aku ambil cuti melarikan diri balik kampung)... Lagipun dah dua hari berperap kat rumah tadak kerja selain tengok Astro dan online. Sekali-sekala nak jugak keluar drive the open road, tengok muvi, makan-makan, shopping sikit-sikit, dll.
_____
P/S: Tak terasa umur dah lanjut...
4 komen:
happy bisday bro!
aku memang teringin nak tengok 2 movie tu: sherlock sama the vampire assistant
Sherlock holmes: sebab guy ritchie sama R.D. jr
The vamp ass: trailer dia best wooo
berbaloi beb barang2 lu beli...
anak aku dah besar nanti aku bagi pakai TShirt Inul buleh tak? huhuhu
happy birthday dear warrior of the world (huhu), smoga panjang umur, sihat, murah rezeki selalu. Amin.
I love your last two postings, best, macam aku lak yang gi jalan2 tu haha
Hapi beseday....
Syok jugak sesekali merayau sorang2 window shopping....
portdy:
kat kk kedai2 tu je blh dpt benda2 mcm tu, tmpt lain susah nak cari, lbh2 lg klu cd2 metal. aku ekceli kaki wayang tp xbest la klu tgk sorg2 kan?
deaf_angel:
lately entry2 aku mcm mls nak taip ayat pnjg2, let the pics do the talking
skid:
window shopping sorg2 membawa diri tu best, suka hati nak pi mana2 pun kan?
anyhow, thanks semua... xterasa aku dah masuk group 30s hahaha
Post a Comment