Entri khas ditujukan buat marhaen bernama Muspeed @ Speedrider :D
Cort, jenama yang dichop gitar murahan dan menerima nasib yang sama seperti SX dan Stagg. Tapi bagi aku, tak kira gitar murahan... asalkan jenamanya bukan parody (Gibsun, Fendar), menghasilkan bunyi yang best dan sekurang-kurangnya ada website sendiri (untuk rujukan)... aku rasa, gitar-gitar macam ni patut kita ambil perhatian dari segi kualiti dan bunyinya.
(Btw, aku ada gitar tong klasik jenama Pepatung, bunyi pun boleh tahan, tapi aku tak jumpa website gitar Pepatung)
Ronda-ronda di Internet, aku jumpa siri gitar Cort ni kat The Guitar Store yang aku rasa menarik perhatian, Cort EVL Series (EVL? Evil? Jahat?). Macam Epiphone Goth dan SX Pirate... all black! (Website rasmi Cort klik di sini)
EVL-K4 (Schecter Omen shape)
EVL-X4 (Ibanez RG shape)
EVL-Z6 (Les Paul shape)
Semua imej link daripada website The Guitar Store.
Mahogany body, maple neck, rosewood fretboard, bolt-on construction (except EVL-Z6 was set-in), jumbo frets, EVL custom inlays with pentagon circles, black metallic satin colour, die cast tuners and guess what? It comes with EMG pickups! EMG-HZ H4 (EVL-K4), EMG-HZ H4/S3/H4 (EVL-X4) dan EMG 81/60 (EVL-Z6).
Hah! Mesti harga mahal ni... No komen, aku tanya Dead Eye Guitars pun bagitau harganya mungkin lebih daripada RM2k! So Muspeed... hehehe sori, aku salah review gitar daaa~ nak review gitar murah, tereview model-model mahal pulak (hehehe... malunya aku).
_____
Ada apa: Ramai juga kawan-kawan aku yang suruh aku cari gitar-gitar murah jenama selain SX selepas membaca entri Gitar Lanun?
2 komen:
tu hari @cash converter sunway (ampir rumah cakmol) aku jumpa gitar rm2++ ja, brand biasa2, body SG, kaler itam.
takilala:
cash converter tu sblh mana tu ah? sebaris dgn restoran alif ka? rasa2 ada shape LP x? klu SG aku xminat
Post a Comment